tinggalkan anak di dalam gerobok loker hanya kerana tidak mahu diganggu ketika di kolam renang

"YA ALLAH.... APA NAK JADI DENGAN MANUSIA ZAMAN SEKARANG NI...?"
Ibu bapa tidak prihatin, tinggalkan anak di dalam gerobok hanya kerana tidak mahu diganggu ketika di kolam renang
Zaim 02/08/2017
Anak merupakan satu tanggungjawab dan amanah untuk ibu dan bapa.
Kehidupan anak akan menjadi tidak menentu seandainya si ibu atau si bapa tidak menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin.

Walaupun anak mungkin bersikap nakal tetapi itulah lumrah bagi seorang kanak-kanak maka, ibu bapa perlu sabar menghadapinya.
Namun disebabkan itu, terdapat ibu bapa yang menggunakan cara mudah bagi memudahkan penjagaan terhadap bayi mereka.

Di Guandong, #China, sepasang ibu bapa mengundang kemarahan orang ramai apabila didapati menyimpan bayi mereka di dalam gerobok.
Hal ini berikutan, ibu bapa bayi itu mahu meluangkan masa di kolam renang dan tidak mahu diganggu oleh bayi mereka.

Tindakan bodoh dan tidak masuk akal ini ternyata sukar untuk diterima.
Bagaimana seorang bayi yang kecil boleh disimpakan didalam gerobok yang sempit dan tiada ruang udara?

Seorang pekerja kolam terdengar tangisan bayi dan terkejut apabila mendapati suara itu datang daripada gerobok.
Sudahlah bayi itu ditinggalkan dalam gerobok, malah telah dikuncikan keseorangan.

Pegawai kolam renang telah memanggil ibu bapa bayi itu dan pada awalnya, mereka tidak dapat membuka gerobok tersebut.
Mujur, pekerja kolam datang membantu dan membuka gerobok tersebut.
Tanpa rasa bersalah dan belas kasihan, si ibu bapa hanya mengambil keluar anak mereka daripada gerobok berkenaan walaupun bayi itu menangis teresak-esak.

Bayi berusia satu tahun ini sangat bertuah kerana tidak mengalami sebarang komplikasi kesihatan walaupun ditinggalkan dalam gerobok yang kecil, sempit, dan gelap.

Moga peristiwa ini mampu menjadi pengajaran kepada semua ibu bapa supaya bersikap prihatin dan bertanggungjawab terhadap anak-anak anda.
Janganlah nanti ketika dewasa, si anak pula mengabaikan kita diatas sikap kita sewaktu mereka kecil dahulu.
sumber foto: Nextshark
Era Baru







Labels: kejam

Thanks for reading tinggalkan anak di dalam gerobok loker hanya kerana tidak mahu diganggu ketika di kolam renang. Please share...!

0 Comment for "tinggalkan anak di dalam gerobok loker hanya kerana tidak mahu diganggu ketika di kolam renang"

Back To Top