“Kami masih bersama, saya sudah minta Gabby (Gabrielle) untuk beri kenyataan kepada media dalam masa terdekat, maaf saya sibuk dengan mesyuarat,”


NAMA Hans Isaac, 46,  hangat diperkatakan dulu apabila dia mahu mendirikan rumah tangga dengan model, Gabriella Robinson, 28, pada Julai lalu.



Ada juga desas desus yang mengatakan tunangnya itu curang dan mereka sudah putus tunang.

Produser dan pelakon ini terkejut apabila menerima perkhabaran tentang status pertunangannya melalui kiriman mesej yang dikirimkan daripada pihak media.

“Saya terkejut dengan mesej WhatsApp dan missed call daripada media hari ini yang bertanyakan tentang perkara ini.

“Kami masih bersama, saya sudah minta Gabby (Gabrielle) untuk beri kenyataan kepada media dalam masa terdekat, maaf saya sibuk dengan mesyuarat,” ujarnya dalam satu kiriman mesej lapor sebuah akhbar.

Khabarnya desas desus itu terjadi kerana pasangan yang mengikat tali pertunangan akhir Januari lalu itu telah memadam gambar-gambar mereka bersama di laman Instagram beberapa hari lalu.

Gabrielle menjelaskan tujuan gambar-gambar itu dipadam kerana akaun Instagram tersebut hanya untuk urusan kerja. Dia juga telah membuka akaun peribadi baharu untuk keluarga dan rakan-rakan terdekat.

“Saya ambil keputusan untuk buka akaun peribadi baharu untuk keluarga dan rakan-rakan. Akaun lama hanya untuk tujuan kerja sahaja.

“Saya perlu mengasingkan urusan kerja dengan peribadi,” ujarnya.

Pasangan yang bertunang di Singapura ini sepatutnya melangsungkan perkahwnannya pada 29 Julai lepas tetapi ia ditunda kepada satu tarikh yang belum dimaklumkan lagi.

Semoga urusan perkahwinan Hans dan Gabrielle dipermudahkan hendaknya. – MYNEWSHUB.CC / Aisyah Karim



http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/hans-isaac-gabriella-robinson-nafi-putus-tunang/






Labels: dunia artis

Thanks for reading “Kami masih bersama, saya sudah minta Gabby (Gabrielle) untuk beri kenyataan kepada media dalam masa terdekat, maaf saya sibuk dengan mesyuarat,” . Please share...!

0 Comment for "“Kami masih bersama, saya sudah minta Gabby (Gabrielle) untuk beri kenyataan kepada media dalam masa terdekat, maaf saya sibuk dengan mesyuarat,” "

Back To Top