Pelajar perempuan cuba bunuh diri akibat histeria

Pelajar perempuan cuba bunuh diri akibat histeria

BAGAN SERAI 9 Ogos - Seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini berjaya diselamatkan daripada cubaan membunuh diri dipercayai akibat histeria.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada pukul 10.55 pagi mengenai seorang pelajar perempuan tingkatan empat yang cuba terjun dari tangki air setinggi kira-kira 12 meter.

Menurutnya, ketika tiba di tempat kejadian, didapati pelajar tersebut sedang meniti bahagian penghadang jalan di tangki air.

“Anggota bomba cuba memujuk pelajar tersebut namun gagal dan apabila pelajar itu turun dari tangki air, anggota bomba menerpa dan menangkapnya.
“Pelajar itu dibawa turun dari tangki air dan diserahkan kepada pihak sekolah untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
UTUSAN ONLINE






Labels: seram

Thanks for reading Pelajar perempuan cuba bunuh diri akibat histeria. Please share...!

0 Comment for "Pelajar perempuan cuba bunuh diri akibat histeria"

Back To Top