“Jauh datang dari Pantai Timur untuk saya. Sangat menghargainya. Terima kasih,Fasha pada Mukhlis Rosdi


Ingat lagi tak sebelum ini Fasha Sandha mengakui yang dirinya sedang mengenali hati budi seorang jejaka tapi belum bersedia nak mendedahkan siapakah gerangannya?




Perkenalan mereka berdua dah sampai tahap berani meluahkan rasa rindu katanya.


Teka-teki misteri itu mungkin dah terjawab kerana baru-baru ini pelakon tersebut muncul bersama seorang lelaki kacak di majlis resepsi perkahwinan Ummi Nazeera.
Foto: IG Fasha Sandha

“Jauh datang dari Pantai Timur untuk saya. Sangat menghargainya. Terima kasih,” tulis Fasha di kapsyen gambar Instagramnya.


Lagi menarik, lelaki tersebut pun sama memuat naik gambar bersama Fasha di laman Instagramnya.

Disebabkan itu, mulalah rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan yang baik-baik buat pasangan ini.


Menurut sumber Astro Gempak, jejaka itu dikenali sebagai Mukhlis Rosdi dan merupakan seorang pengasas produk kecantikan, usahawan terkenal dan duta mengaji.com.
Foto: IG Fasha Sandha

Doa yang baik-baik, semoga Fasha jumpa kebahagiaan yang dicari selama ini.


http://www.pru14.tv/2017/08/08/fasha-sandha-dah-mula-tayang-kekasih/







Labels: dunia artis

Thanks for reading “Jauh datang dari Pantai Timur untuk saya. Sangat menghargainya. Terima kasih,Fasha pada Mukhlis Rosdi. Please share...!

0 Comment for "“Jauh datang dari Pantai Timur untuk saya. Sangat menghargainya. Terima kasih,Fasha pada Mukhlis Rosdi"

Back To Top