BEKAS suami Erra Fazira,dikhabarkan bakal menamatkan zaman dudanya dengan pelakon terkenal Indonesia-TAHNIAH


BEKAS suami Erra Fazira, Engku Emran Engku Zainal Abidin dikhabarkan bakal menamatkan zaman dudanya dengan pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada September ini.



Menurut satu sumber yang disiarkan sebuah akhbar harian, pasangan itu akan melangsungkan pernikahan di sebuah lokasi rahsia sekitar Kuala Lumpur.

“InsyaAllah jika tiada aral melintang pada pertengahan September depan, mereka akan bernikah di sekitar Kuala Lumpur. Semua persiapan sedang diatur, lagipun majlis pernikahannya hanya kecil-kecilan sahaja.

“Apa yang sangat disenangi Emran mengenai Bella ialah karakter wanita itu yang memiliki keperibadian yang menawan dalam segenap aspek. Alhamdulillah, Aleesya sangat menyenangi Bella. Kedua-duanya cukup mesra,” jelas sumber tersebut.

Emran dan Laudya dikatakan berkenalan lima bulan lalu menerusi pelakon Nora Danish yang turut sama membintangi filem blockbuster Indonesia, Syurga Yang Tak Dirindukan 2. 

Emran sebelum ini pernah berkahwin dengan primadona filem Melayu, Erra Fazira pada 25 Oktober 2007 dan bercerai pada 18 Februari 2014.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia lapan tahun. – MYNEWSHUB.CC

http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/laudya-cynthia-kahwin-bekas-suami-erra-september-ini/







Labels: dunia artis

Thanks for reading BEKAS suami Erra Fazira,dikhabarkan bakal menamatkan zaman dudanya dengan pelakon terkenal Indonesia-TAHNIAH. Please share...!

0 Comment for "BEKAS suami Erra Fazira,dikhabarkan bakal menamatkan zaman dudanya dengan pelakon terkenal Indonesia-TAHNIAH"

Back To Top