“Salah satu nikmat yang ada dalam syurga adalah pesta s@k$,pendakwah dikecam netizen


JAKARTA – Kerana mulut badan binasa… Gara-gara terlepas cakap, seorang pendakwah muda popular Indonesia, Ustaz Syamsudin Nur Makka teruk dikritik masyarakat Islam sejak Sabtu lalu.

Ia susulan ayat ‘panas’ diucapkan menerusi program Islam Itu Indah disiarkan stesen televisyen tempatan Trans7  yang cukup terkenal di republik terbesar rantau Asia tenggara itu dengan pengisian berbentuk dakwah Islamiah.

Ustaz kacak berusia 25 tahun itu dilaporkan berkata: “Salah satu nikmat yang ada dalam syurga adalah pesta seks,” sekali gus menyebabkan penonton di studio dan jutaan lagi yang menyaksikannya di rumah dilaporkan tercengang!

Beliau yang turut mesra disapa sebagai Ustaz Syam ketika itu menjelaskan mengenai kisah nikmat penghuni syurga dapat bebas melakukan hubungan seks hasil ganjaran mengekang godaan zina sewaktu hidup di alam dunia fana.

Pernah digosipkan dengan Ria Ricis, adik aktres Ustazah Oki Setiana Dewi, Ustaz Syam asalnya bertugas sebagai imam di beberapa buah masjid sebelum terkenal apabila menjadi pendakwah menerusi rancangan Islam Itu Indah.

“Minta maaf, kerana inilah yang kita tahan-tahan di dunia. Inilah yang kita tahan-tahan di dunia dan kenikmatan terbesar yang diberikan Allah SWT di syurga adalah pesta seks,” jelasnya sekali lagi sebagai pencerahan selanjutnya.

Mungkin niat hatinya adalah baik untuk mengajak penonton daripada gejala perzinaan, namun gaya penyampaian da’i muda itu dianggap seperti hina ajaran Islam sekali gus mengundang perasaan marah ramai netizen tempatan.

Tidak ingin memperbesarkan masalah, akhirnya Ustaz Syam segera menyiarkan permohonan maaf melalui video berdurasi 58 saat dimuat naik pada Isnin dan rakaman itu disebarkan pengguna Twitter bernama @AdellaWibawa.

“Sudah minta maaf jangan dibuli lagi teman2,” tulis kapsyen video itu. Ustaz Syam yang dilahirkan pada 1992 di Maros, Wilayah Sulawesi Selatan ini turut mengakui bahawa beliau pun masih lagi dalam proses pembelajaran.

Lucunya, ada juga netizen yang tetap tidak dapat menerima permohonan maaf tersebut dan bertegas mahu Ustaz Syam dihukum oleh pihak berkuasa Indonesia atas dakwaan penistaan agama pula. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/dalam-syurga-ada-pesta-seks-kata-ustaz-muda-ini/












Labels: kisah

Thanks for reading “Salah satu nikmat yang ada dalam syurga adalah pesta s@k$,pendakwah dikecam netizen. Please share...!

0 Comment for " “Salah satu nikmat yang ada dalam syurga adalah pesta s@k$,pendakwah dikecam netizen"

Back To Top