Samada saya akan bermadu atau tidak, diceraikan atau tidak… saya berserah kepada Allah untuk melindungi saya...

Salam Admin dan semua warga KRT. Terima kasih siarkan kisah saya. Saya hanya nak kongsikan isi hati saya dgn semua. Siapa yg rasa tak suka baca crita pjg2, baik xyah baca ye.. 


Sya org isteri dan ibu kepada 4 org anak. Sy kawen ms umur muda sgt. Kenal suami pun x lama, terus dia ajak kawen. Sblm kawen sy agak kelelakian.. sb tu jgk la agaknya MIL x berapa berkenan dgn sy. Tp kerana suami dh suka, dia terima jgk. Lama2 kami dh macam anak beranak kandung dh. Sy mmg syg kat mak mertua apatah lagi bila mak kandung sy meninggal dunia. Sy jg dia mcm sy jg mak sy sendiri.

Suami pulak memula kawen mmg baik..kmdn berubah mjadi sorg yg semburu dan pemarah. Pernah jgk pukul sy sb cemburu. Lama lepas tu, ms sy mngandung anak ke-3..dia berubah.. Caring sgt.. sy bersyukur dgn perubahan dia tp hati sy x tenang.. Dlm solat sy sentiasa berdoa, jika ketidaktenangan hati sy ni berpunca dr suami, mintak Allah tunjukkan. Sampai la suatu mlm sy bermimpi terserempak dgn suami dgn sorg prm buat benda x senonoh dlm keta. Sy terbangun terus menangis. Dia tersedar dan tnya sy kenapa… Sya mntk dia terus terang dgn sy apa yg dia ada sembunyikan dr sy..Sy luahkan setiap apa yg ada dlm hati sy sepnjg tempoh preg ni. Tp dia bsumpah yg dia xde rahsia apa2 dr sy. Dia pujuk sy sampai sy cool down. 

Walau mcm tu, hati sy tetap x tenang..masih ada rsya yg belum selesai. Hingga lepas sy habis pantang, sy pergi bandar sorg diri lalu tjumpa dgn isteri kwn dia.. Dari situ sy tahu segalanya… SUAMI SY CURANG!.. Sy kol dia, mntk dia balik rmh saat tu jgk, walau sy terpaksa balik rmh naik bas. Malam tu sy mengamuk. Betul2 kecewa.. 

Selama ni dia cemburu konon sy ada lelaki lain, tapi rupa2nya dia sendiri yg buat begitu terhdp sy. Bila sy tanya lagi apa yg dia dh buat.. dia tunduk dan bagitau gf dia tgh mengandung dan mak bpk prm tu tahu hbgn mereka bdua kecuali part mengandung. Hancur hati sy. Betul2 hancur. Sampai skrg masih terasa luka mcm kali pertama dgr kata2 dia. Sy tarik nafas dan beristghfar pstu gtau kat dia, ABG KAHWIN LA DGN DIA. BWK SY JUMPA MAK BPK DIA.. Suami sy peluk kaki sy smbil minta maaf dan merayu jgn tglkan dia.. Air mata sy dh x nak mngalir waktu dia merayu.. tp bila sy tpandang muka MIL sy ms sy pergi dapur, dia menangis tgok sy, sy pun menangis jgk sb dia pernah rs apa yg sy rs skrg.

Lepas sy jmpa prm tu dan parents dia.. suami buat urusan utk mntk izin mahkamah utk poligami. Sy biarkan sj.. sy pergi jgk ke mahkamah tp hakim x izinkan poligami tersebut. Suami kata xpe la kalau begitu. Kemudian bpk prm tu pernah kol sy bgtau yg dia xpernah izinkan anak dia rampas suami sy.. bagitau sy spy jgn bimbang. Tapi hati sy rs mcm dh beku.. xde rs marah, xde rs sedih, xde rs kecewa masa tu. Sy biarkan sj. Sy ikut je rentak dorg sampai btahun2 lamanya.. Suami masih plg kermh tiap2 hari.. Sy tetap lyn mcm biasa.. Sy tahu suami masih bsama prm tu walau x kawen2 lagi.. sy tahu jg kewujudan anak dorang yg dh besar.

Sampai satu ketika, prm tu tglkan dia utk kahwin dgn lelaki lain. Suami sy mengadu kat sy yg dia rs down, sy pujuk dan bangkit kan semangat dia. Berbulan lepas tu, sy hairan dia balik rmh nmpk gmbira sgt.. Sy tnya apahal ni..ingat kan dia dh balik dgn prm tu tp rupa2nya dia gtau dia dh jumpa ex-gf dia ms sblm kawen dgn sy.. Dia ceritakan semuanya ttng mereka bdua, ttng cinta thalang oleh org tua dia, ttng dia dipaksa btunang hingga berjumpa dgn sy dan kawen.. pd ms itu lah sy tersintak.. rupa2nya dia kawen dgn sy utk melarikan diri dr tunang pilihan bpknya..Dan yang mengharukan, mereka ada sorg anak luar nikah… Sy diam dan rs mcm otak blank..xleh fikir.. yg sy tahu sy terus keluar dr rmh.. Sy bjln x tahu arah tuju. Sy berhenti dan duduk kat Bas Stop.. cuba berfikir apa yg patut sy buat.

 Tak lama kemudian, suami dtg dgn mak mertua..pujuk sy balik sambil nangis2. Sy turutkan jgk sb kesian tgk mak mertua. Dkt rmh, suami peluk sy erat dan mnta maaf. Dia kata mungkin si dia hadir utk ubat kelukaan yg ditinggalkan oleh prm yg pertama tu. Sy hanya diam sj.. Sepatah pun sy xjwb.. Terdetik dlm hati sy apakah setiap apa yg pernah sy lakukan sblm ni x mencukupi? Kenapa perlu ada org lain bagi ubati luka di hati dia? Siapa sy sebenarnya pd dia? Apa kekurangan sy hingga sy dilakukan mcm ni selama bertahun2?

Sy pernah utarakan pertanyaan tersebut kat suami.. Dia kata mmg dia syg sy sepenuh hati.. Dia kata sy xde kurang, cuma dia yg bnyk kekurangan (klise sgt kan.) Dia hargai setiap pengorbanan yg telah sy lakukan selama perkahwinan kami.. Tapi dia xdpt nak lepas kan ex-gf (skrg dh GF) dia lagi sebab dah bertahun2 masing2 mencari akhirnya berjumpa semula. Sy dh x tahu nak kata apa. Sy rs luka sy dulu berdarah lagi… malah bertambah parah. Akhirnya sy ambik keputusan utk membiarkan sj perjalanan jodoh sy setakat mana. Samada sy akan bermadu atau tidak, diceraikan atau tidak… sy berserah kepada Allah untuk melindungi sy.

 Sebab dh bertahun2 lama nya sy ajar hati sy bahawa suami sy bukan lah milik sy yg abadi.. Dia hanya pinjaman Allah buat sy. Jodoh pertemuan, hidup mati semuanya di tangan Allah. Saya rela dan redha jika itu jalan hidup sy yang ditentukan sejak azali. Suami sy tetap sama spt dulu, nafkah bagi, cukup jam balik rumah spt biasa..Cuma hp je dh takleh lepas dr tgn. Kdg2 sy bc jgk msj dorang.. lepas tu sy malas dh.. Syaitan asyik berbisik je suh sy bgaduh dgn suami.. Dan kdg2 suami mengadu pd sy kalau dia ada problem dgn gf dia, sy nasihatkan dia mcm sorg kwn.. nasihatkan suami agar jaga batas agama.. 

 Sebab anak2 kami sedang membesar, xnak le dorg hidup dlm keluarga yg asyik bergaduh siang malam. Biarlah mereka tengok yg baik2 sj walau sy tanggung segala derita.
Sekian, terima kasih sebab sudi baca kisah sy. Maaf, panjang sgt.. itu pun puas edit.. Kalau tak, 3 hari 3 malam x abis menaip..hihihihi.. Doakan sy terus kuat dlm rumahtangga kami. Dan sy doakan agar admin serta warga KRT dipermudahkan setiap urusan.

krt






Labels: kisah rumah tangga

Thanks for reading Samada saya akan bermadu atau tidak, diceraikan atau tidak… saya berserah kepada Allah untuk melindungi saya... . Please share...!

0 Comment for "Samada saya akan bermadu atau tidak, diceraikan atau tidak… saya berserah kepada Allah untuk melindungi saya... "

Back To Top