LHDN Siasat Masalah Percukaian Firma Mukhriz, Mirzan Dan Mokhzani




SELAMA ini anak-anak pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat seolah-olah “kebal” disisi undang-undang dalam menjalankan perniagaan. Rakyat Malaysia juga tahu bahawasanya anak-anak Mahathir tidak pandai memguruskan perniagaan namun atas pengaruh bapa mereka maka mereka menjadi terlampau kaya raya.



Nampaknya kekebalan anak-anak Mahathir makin pudar apabila firma-firma yang dimiliki oleh ketiga-tiga anak lelaki beliau dilaporkan menjadi tumpuan siasatan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Seorang eksekutif kanan di Crescent Capital Sdn Bhd, sebuah firma modal teroka yang diasaskan dan diketuai oleh Mirzan Mahathir, mengesahkan LHDN menyerbu pejabat itu pada Selasa lalu.

“Kami diserbu oleh lapan hingga 10 pegawai LHDN dan beberapa fail diambil,” kata jurucakap firma itu, yang enggan namanya disiarkan.

Jurucakap Opcom Holdings Bhd – sebuah syarikat gentian optik yang diasaskan oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan diketuai oleh adiknya, Datuk Mokhzani – mengesahkan syarikat itu turut diserbu pada hari yang sama.

Walau bagaimanapun, jurucakap itu enggan memberi sebarang maklumat. Menurut sumber Kencana Capital Sdn Bhd, sebuah firma modal teroka yang dimiliki oleh Mokhzani, turut diserbu pada Selasa lalu.

Pada bulan Mei lalu, Mahathir mendakwa bahawa LHDN menjadikan rakan-rakannya sebagai sasaran. Walaubagaimana pun beliau tidak mendedahkan sebarang nama, perniagaan yang dimiliki oleh dua rakan sekutu Mahathir – Tan Sri Lee Kim Yew dan Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar – mempunyai masalah berhubung pencukaian.

Kini rakyat melihat pentadbiran Datuk Seri Najib lebih telus dan terbuka. Bukan sahaja artis-artis terkenal menjadi sasaran LHDN, malah anak-anak Mahathir yang memaparkan kehidupan terlampau kaya raya juga tidak terlepas dari siasatan mereka.

    PRU14.tv












Labels: politik

Thanks for reading LHDN Siasat Masalah Percukaian Firma Mukhriz, Mirzan Dan Mokhzani . Please share...!

0 Comment for "LHDN Siasat Masalah Percukaian Firma Mukhriz, Mirzan Dan Mokhzani "

Back To Top