Tabiat Wanita Melayu Suka Meruang Patut Dihentikan ! Pakar Sakit Puan Dedahkan 4 Kesan Buruk Yang Wanita Wajib baca Dan Viralkan

VAGINAL DOUCHING/MERUANG : KENAPA DOKTOR MELARANG?
******************************************************
‘MERUANG’ adalah istilah BM baru yang saya pelajari minggu ini. Sudah hamper 15 tahun saya bekerja dalam bidang O&G, tapi memandangkan 14 tahun darinya di luar negara menyebabkan saya kurang arif tentang terma perubatan dalam Bahasa Malaysia (malu sendiri). 




Terima kasih kepada netizen yang bertanya, dan abam ezzy Muhammad Izzat yang menjawab S.O.S saya di twitter. Dapat ilmu baru saya minggu ini (kita ini sentiasa belajar selagi kita hidup - Lifelong student)

APA ITU MERUANG/DOUCHE?

MERUANG atau dalam istilah English nya VAGINAL DOUCHING adalah perbuatan mencuci atau bahagian dalam faraj. Bagi meruang, ia menggunakan jari, istilah douching menggunakan air/cecair. Selalunya, air yang digunakan dicampur dengan cuka. ‘Douche’yang dijual di dalam botol selalunya mengandungi antiseptic atau/dan pewangi.

KENAPA ORANG MERUANG/DOUCHE?

Katanya untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, membasuh darah haid, mengelakkan keputihan, menghalang kehamilan (selepas bersama) dan mengurangkan jangkitan kuman. Bila ditanya, ramai rupanya mengamalkan meruang ini.

APA BERLAKU APABILA ANDA MERUANG/DOUCHE?

1. Risiko Jangkitan Kuman

Faraj atau vagina ini adalah organ yang ‘self cleansing’, iaitu mancuci sendiri dengan mengeluarkan lendiran (lendiran atau mucus adalah normal. Jika berbau teruk atau berwarna, sila jumpa doktor). 

Di dalam faraj terkandung pelbagai flora bakteria yang hidup seimbang. Bakteria2 ini menjaga pH dalam faraj supaya kekal asid (pH <4.5), yang mana keadaan ini menghalang bakteria atau pathogen lain dari membiak. Jika keseimbangan ini terganggu (ps bila anda meruang/douche, ini AKAN berlaku), maka pH di dalam faraj akan berubah, dan mengizinkan pertumbuhan bakteria atau pathogen lain yang menyebabkan thrush, bacterial vaginosis dan jangkitan kuman lain.

2. Sukar Hamil dan Kandungan di Luar Rahim

Meruang/douche menyebabkan bakteria serta pathogen dalam faraj ditolak lebih dalam melangkaui pangkal rahim, oleh itu meningkatkan risiko untuk ‘Pelvic Inflammatory Disease (PID)’. PID adalah jangkitan kuman yang menular ke bahagian dalam system pembiakan wanita, dan boleh menyebabkan ‘scarring’ atau kesan parut pada bahagian dalam rahim serta tiub falopia.
PID menyebabkan wanita sukar untuk hamil, dan jika hamil - risiko kandungan di luar rahim meningkat (ectopic pregnancy)

3. Bayi Pramatang

JIka meruang/douche sewaktu hamil, perubahan pH dan jangkitan kuman yang dibincang di atas boleh menyebabkan risiko kelahiran bayi pramatang.

4. Kanser pangkal rahim dan kanser ovari

Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan wanita yang selalu douche mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser pangkal rahim,
Douche yang dijual pula dikhuatiri mengandungi ‘phtalates’, sejenis bahan kimia yang boleh mengganggu keseimbangan hormon wanita, seterusnya meningkatkan risiko kanser ovari.


No automatic alt text available.

Risiko kanser ini masih memerlukan kajian yang mendalam, namun beberapa kajian kecil sudah menunjukkan kaitan.

JADI, PERLUKAH MERUANG/DOUCHE?Selepas membaca semua risiko yang saya bincangkan di atas, apa pendapat anda?
Dr Afida Sohana
twitter @afidasohana

#MedTweetMY
Medtweetmy
#MTMDouche

via: info ibu hamil








Labels: kesihatan

Thanks for reading Tabiat Wanita Melayu Suka Meruang Patut Dihentikan ! Pakar Sakit Puan Dedahkan 4 Kesan Buruk Yang Wanita Wajib baca Dan Viralkan . Please share...!

1 Comment for "Tabiat Wanita Melayu Suka Meruang Patut Dihentikan ! Pakar Sakit Puan Dedahkan 4 Kesan Buruk Yang Wanita Wajib baca Dan Viralkan "

bagaimanakah jika meruang bagi lelaki semasa buang air besar

Back To Top