Kalau ada bayi saya dalam perut awak pasti saya membunuhnya

New Zealand: Seorang Ketua Pemuda gerakan Kristian, Samuel Patrick Dockary didakwa merogol seorang gadis bawah umur dan setelah itu menumbuk perut gadis tersebut apabila menyangka gadis itu sedang hamil. 


Samuel Patrick Dockary, 23, sedang menghadapi 26 pertuduhan termasuk kesalahan merogol, mencabul dan hubungan seksual yang menyalahi undang-undang. 

Kejadian ini melibatkan dua orang mangsa di mana kedua-dua gadis tersebut berusia bawah 16 tahun pada masa itu. Menurut portal The Indepedent, pada mulanya, Samuel yang berasal dari New Zealand itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Daerah Hamilton. 

Namun, salah seorang daripada gadis itu memberi keterangan bahawa Samuel telah menghantar mesej teks dan menyatakan hasrat untuk menjalinkan hubungan dengannya.

 “Saya berasa agak teruja tetapi pada masa yang sama saya berasa pelik dan rasa tidak selesa,” katanya. Mangsa memberitahu mahkamah bahawa Dockary telah menjalin hubungan persahabatan dengan keluarganya. 

Selain tuduhan rogol, Dockary juga didakwa kerana memaksa gadis itu melakukan seks oral. Samuel yang menganggap wanita itu sedang hamil telah menumbuk perut gadis tersebut dan berkata kepadanya, “Kalau ada bayi dalam perut kamu, saya baru saja membunuhnya,” kata gadis tersebut kepada mahkamah.menara.my






Labels: SEMASA

Thanks for reading Kalau ada bayi saya dalam perut awak pasti saya membunuhnya . Please share...!

0 Comment for "Kalau ada bayi saya dalam perut awak pasti saya membunuhnya "

Back To Top