KESAN BURUK JIKA TIDAK BERPANTANG..WAJIBBB BACA!!!

😱😱 KESAN BURUK JIKA TIDAK BERPANTANG..WAJIBBB BACA!!!


Ada setengah wanita yang degil, tak mahu berpantang, tak nak ambil jamu selepas bersalin,tak nak berurut atau bertungku, mandi air sejuk,minum air sejuk, makan ikut suka.. Bila mak marah atau tegur tunjuk muka masam atau jawab *alah..! Orang tau la *dalam hati kata* dah tua nanti semua orang sakit, rasa badan ni ok je tak rasa apa2 pun*paling menyedihkan baru 2 minggu bersalin dah berani2 jejak kaki ke shopping mall langsung tidak memikirkan kesan buruk pada masa akan datang... 😣 kalau ada orang macam ni cer baca cerita kat bawah ni.. Tolong baca ia PENTING ok!!!!

> RAHIM JATUH/PROLAPSE <

-------------------------

prolapse rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh ke bawah & kadangkala terkeluar dari saluran faraj.. keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligament & otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan & kelahiran, justeru itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.. keadaan ini merangkumi beberapa peringkat.

-peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada
kedudukan biasa.
-peringkat kedua dimana pintu rahim jatuh
sampai ke permukaan faraj.
-peringkat ketiga yang sangat teruk ialah
apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada
saluran & permukaan faraj,keadaan ini yang
biasa di gelar 'TOMBONG'.


> GANGGUAN KENCING <

----------------------
Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah kencing contoh:
-kerap kencing
-sakit ketika nak kencing
-kencing yang tak terkawal khususnya semasa
batuk,ketawa yang kuat ini dipanggil
(Stress Incontincence).
Keadaan ini menyusahkan & mengaggu tugas harian khususnya dalam menjalankan amalan ibadah seperti solat.


> GANGGUAN HUBUNGAN KELAMIN <

--------------------------------
Oleh kerana berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang dipanggil pelvic floor muscle, maka kekuatannya untuk mencengkang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu.. ini menyebabkan kepuasan & kenikmatan seks,khususnya kepada sang suami kurang puas & tak menyeronokkan.
Ramai wanita serta suami mengadu tentang kurang nikmat & tidak puas ketika melakukan hubungan seks,terutama selepas melahirkan anak.perkara ini berpunca daripada pelbagai faktor tetapi di antaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot di sekeliling faraj.


> SAKIT PINGGANG DAN TIDAK SELESA DI BAHAGIAN SULIT WANITA <
--------------------------------------
Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada proplapse rahim ialah rasa tidak selesa di bahagian sulit, kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar daripada faraj.. ini berlaku ketika berdiri atau banyak berjalan.. oleh sebab rahim jatuh ia menarik otot dan sering kali urat di bahagian pinggang juga akan tertarik menyebabkan ramai wanita mengadu sakit pinggang.


> GANGGUAN KESIHATAN <

------------------------
Dalam kes proplapse yang teruk atau peringkat ketiga di mana keseluruhan rahim terkeluar,sering kali pintu rahim tergesel pada seluar dalam & menyebabkan luka atau erosion.. luka ini seringkali dijangkiti kuman & menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak.dalam jangka masa panjang ada juga kes dimana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeseran yang berpanjangan.
Oleh sebab itu, jangan ambil mudah tentang berpantang, pakai bengkung, makan jamu bersalin & makan makanan yang disyorkan.

Credit : Puan Wafa



Info Ibu Hamil






Labels: kesihatan

Thanks for reading KESAN BURUK JIKA TIDAK BERPANTANG..WAJIBBB BACA!!!. Please share...!

0 Comment for "KESAN BURUK JIKA TIDAK BERPANTANG..WAJIBBB BACA!!!"

Back To Top