JANTAN KEPARAT-l*w*t anak kandung selama 2 tahun dan didakwa 600 dakwaan termasuk r0##L



SHAH ALAM, SELANGOR - Seorang bapa dijangka akan didakwa di Mahkamah Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak atas 600 dakwaan meliwat dan rogol anak perempuannya, lapor Berita Harian.



Lelaki berusia 37 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan keji itu pada mangsa yang tinggal bersamanya sejak dua tahun lalu, selepas lelaki itu bercerai dengan isterinya.

Suspek kini berada dalam tahanan reman selepas ditahan polis sejak 26 Julai lalu.

Suspek ditahan polis selepas mangsa yang kini berusia 15 tahun membongkar perbuatan terkutuk lelaki itu pada ibu kandungnya, sejurus mengetahui bapanya itu berhasrat mengambil dua adiknya berusia 9 dan 11 tahun untuk tinggal bersama.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, suspek akan berhadapan dengan 632 pertuduhan membabitkan kesalahan mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Akta Kanak-Kanak 2016.


"Suspek akan didakwa di Mahkamah Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak esok, membabitkan 599 kesalahan meliwat serta satu dakwaan merogol.

"Dia juga berdepan dengan 30 pertuduhan mengikut Seksyen 14/16 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan masing-masing satu pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) dan Seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-Kanak 2016," katanya.

Bagi tuduhan meliwat, jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 377C, tertuduh boleh dipenjara di antara lima hingga 20 tahun dan sebatan.

Berdasarkan 599 pertuduhan liwat yang dihadapi, tertuduh berdepan dengan hukuman penjara berjumlah hampir 3,000 tahun.

Bagi kesalahan merogol anak kandung atau sumbang mahram mengikut Seksyen 376B boleh dipenjara 10 hingga 30 tahun dan dikenakan sebatan.


http://www.thereporter.my/2017/08/lelaki-berdepan-dengan-600-dakwaan.html







Labels: maksiat

Thanks for reading JANTAN KEPARAT-l*w*t anak kandung selama 2 tahun dan didakwa 600 dakwaan termasuk r0##L. Please share...!

0 Comment for "JANTAN KEPARAT-l*w*t anak kandung selama 2 tahun dan didakwa 600 dakwaan termasuk r0##L"

Back To Top