"sayang izinkan abang bernikah lagi tetapi izinkan sayang berjumpa dengan calon isteri abang" suamiku seakan terkejut

AKU, MADUKU DAN SUAMI KAMI .....................................................................assalamualaikum admin.. terima kasih sudi baca kisah aku nie, nama aku Hana..

 ustazah Hana berumur 44tahun, suamiku pula ustaz Faizal berumur 46tahun.. kami berdua bkerja sebagai pendidik, kami d kurniakan 6 orang anak.. yg sulung sedang myambung pengajian di mesir, manakala yang bongsu berumur 4tahun, anak2 kami semua belajar dalam agama... alhamdulillah. kami merupakan keluarga bahagia walaupun kadang2 masa bersama family terhad kerana suamiku selalu pergi berceramah agama dan berkuliah. sehinggalah suatu hari, suamiku menyuarakan hasrat ingin berkhawin lain.. Iya.. aku tersangat tersentak saat itu, macam2 bermain d fikiran, adakah aku tidak cukup baik menjadi isterinya, apakah aku bukan isteri yang baik? malah syaitan tidak henti menghasut meminta supaya aku meminta cerai, bisikan itu terus bermain di fikiran aku sehingga aku terlelap bersama air mata.. subuh itu aku bangun untuk solat berjemaah bersama suamiku dan anak2, seusai solat aku mencium tangan dan meminta maaf kepada suamiku, aku berkata padanya "syg izinkan abg bernikah lagi tetapi izinkan syg berjumpa dgn calon isteri abg" suamiku seakan terkejut dgn bicara yang keluar dari mulutku tapi aku usaha mengukir senyuman dan aku nampak suamiku mengganguk tanda setuju dengan permintaanku.
......................................................................
petang itu suamiku memgajak aku dan anak2 keluar, pergi ke satu kedai makan yang terdapat taman permainan berhampiran.. suamiku menyuruh aku berjumpa seorang perempuan yang duduk di hujung kedai sementara dia sibuk melayani anak2 bermain. aku menghampiri susuk tubuh itu, wajahnya belum kelihatan kerana dia membelakangi arahku. "Assalamualaikum, cik izatul ke?, "walaikumsalam jawabnya tergagap2, mungkin terkejut melihat aku yang tiba2 menyapanya. cantik orangnya, bermata bulat, berkulit putih,badan agak berisi tapi tidakla terlalu gempal, pakaian uptodate,bertudung tapi tidaklah labuh sepertiku, patut saja suamiku terpikat padanya. aku memulakan bicaraku,bertanya asal usulnya walaupun ketika itu suasana begitu kekok aku cuba bersangka baik terhadap gadis ini. dia berasal dari negeri sabah, baru berumur 28tahun. aku cuba terangkan padanya bahawa suamiku tidaklah begitu mampu dari soal kewangannya walaupun dia adalah seorang pendidik, aku terangkan anak2 kami perlukan perhatian dan kasih sayang abi mereka, malah gaji dia seorang juga selalu aku topup untuk perbelanjaan kami sekeluarga, dia cuma tunduk membisu, ada riak di wajahnya yang tidak dapat ku tafsir.. dia memandang wajahku seolah meminta agar di restui cinta mereka..
......................................................................
28 october 2016 aku menjadi saksi pernikahan suamiku, iya benar.. suamiku membawaku ke sabah untuk menjadi saksi di hari pernikahannya, majlis cuma sederhana di hadiri oleh ahli keluarga, ramai yang seakan tidak percaya bila mengetahui aku adalah isteri kepada pengantin lelaki pada hari itu. ketika akad sedang di ucap, aku duduk di sebelah maduku sambil tanganku memegang erat tangannya.. entah apa yang merasuk aku pada hari itu, tiada sedikit kekecewaan hadir dan aku memandang suamiku. wajahnya, getar suaranya sama persis ketika dia mahu menikahiku dahulu tanpaku sedar maduku meyapu air mata yang berjuraian 😭😭😭 seusai sahaja majlis tetamu pun sudah beransur pulang, keluarga maduku melayan aku juga cukup baik,malam itu aku tidur bersama maduku di atas katil manakala suami kami tidur di lantai. begitula keadaanya sehingga kami bertiga pulang ke kuala lumpur..
......................................................................


setibanya di airport, maduku meminta suami menghantar dia ke tbs kerana dia menetap di kuantan, dia mempunyai rumah di sana, kami duduk di negeri yang sama tetapi dari rumah kami ke kuantan memakan masa 4jam juga. kami menjalani kehidupan kami seperti biasa, suamiku semakin baik, caring, romantik dan bertanggungjawab. isnin sehingga jumaat dia memang akan pulang ke rumah di sebabkan sekolah tempat dia mengajar dekat dengan rumah kami, hujung minggu pula giliran maduku. begitula dari hari ke hari, bulan ke bulan. aku dan maduku berhubungan baik, dia sibuk dengan business yang dia jalankan aku pula sibuk dengan persekolahan
......................................................................


cuti sekolah baru baru ini maduku mengajak kami bercuti ke kuantan, kebetulan rumahnya betul2 berhadapan dengan pantai sepat, aku bersetuju kerana memikirkan anak2 pasti suka, ohh ya.. anak2 memanggil maduku dengan panggilan ibu, semua anakku menerima baik kehadiran maduku kecuali anak lelaki yang sulung, mungkin dia belum boleh memahami dan perlukan masa lagipun dia belum perna berjumpa dengan ibunya.. seperti yang di rancang, kami sekeluarga tiba di kuantan, di sambut baik oleh maduku.. rumahnya merupakan rumah teres, ada tiga bilik di tingkat ata
s. anak2 begitu seronok bermain di pantai, aku daku dan maduku memasak seperti biasa. hari itu aku perasan muka dan badan maduku nampak lesu, tidak bermaya, tetapi senyuman di bibirnya tidak pernah lekang.. aku cuba bertanya manalah tahu dia mengandung, katanya baru sahaja datang bulan. malam itu seperti biasa kami solat berjemaah dan di beri sedikit takzirah oleh suami kami. selepas itu semuanya kepenatan dan masuk tidur, maduku meminta anak perempuan kami aisyah 18thn menemaninya tidur, aku sedikit hairan kerana dia seakan mengelak dari suamiku.. aku suamiku dan anak yang kecil tidur bersama manakala bilik yang lagi satu anak2 lelaki kami tidur.
......................................................................


2:00am aku terbangun kerana tekak terasa haus, ku lihat suami tiada di tempat tidurnya.. aku bangun ke bawah untuk membasahkan tekak, aku terdengar sayup2 suara maduku di luar rumah, aku amati tiap butir katanya.. "sekarang i dah tahu macamana perasaan kak hana bila tahu abg curang dgn dia" mataku membulat segar mendengar ayat itu, suami kami curang??? "i tak curang, pecayalah.. i cuma kawan je dgn dia" balas suamiku pula, " tak curang tp semua gmbar2 nie buktikan semua" suamiku terdiam seolah mati akal. " kalau betul abg ada hubungan dgn dia, abg halalkan lar, jangan di sebabkan dosa abg keluarga kita terkena tempias, cukupla kak hana terdera perasaanya di sebabkan hal kita dulu, i tahu abg tk mampu, nafkah i pun abg berkira2, tapi i redha abg sebab i nak kasih sayang kita semua berterusan, i redha sebab i taknak semua amalan abg di dunia ini sia2 di sebabkan abg tidak adil kepada kami berdua" ku lihat suamiku cuba mengesat air mata maduku, saat itu aku cuma terasa kosong, tiada perasaan di dalam dada, mungkin benar.. itu balasan untuk menyakitikan hatiku, tapi jauh di dalam hati aku sudah lama redha. "sebelum abg buat apa2 keputusan, abg renung semula mcmna kehidupan kita sekeluarga, di mana tanggungjawab abg, abg renung satu persatu wajah anak2, selepas itu abg buatla apa yg abg rasa betul" suara maduku kedengaran teresak2.
......................................................................


aku terbaring kaku memikirkan kata2 maduku, suami kami ada perempuan lainkah? siapa pula kali ini? otak terus berfikir ligat.. ku dengar bunyi langkah menuju ke bilik, suamiku masuk ke bilik dan megapai sejadah yang tergantung, dengan cahaya malap dari balkoni ku lihat suamiku solat, di akhir solatnya ku lihat bahunya terhenjut2 menahan tangis.. pagi esoknya kami bersarapan seperti biasa, muka maduku sembab tapi masih juga tersenyum melayan kerenah anak2, begitu juga suamiku, tetapi wajahnya tidak bijak menyembunyikan rahsia di dalam hati seperti maduku. seusai bersarapan kami pergi ke east coast mall untuk membeli barang sedikit.. selepas penat berjalan kami kembali ke rumah dan bersiap untuk pulang ke tempat kami seperti biasanya sesi salam menyalam dan kulihat maduku masih mengelak dari suami, maduku menyalam tanganku, di ciumnya dan kami berpelukan, peluknya erat dari biasa, seperti ada beban yang mahu di lepasnya.. ku balas erat peluknya, menyapu lembut belakangnya dan dia masih cuba tersenyum lembut. akhir sekali barulah giliran suamiku di salamnya.. redha suami itu penting mungkin fikirnya, ku lihat suami mengusap lembut kepala maduku..
......................................................................


dalam perjalanan, suasana sunyi sepi.. anak sudah lena di buai arus jalan, aku pula di awang awangan melayan perasaan, sumpah Lilahitaala aku begitu meyayangi maduku, dia sudah seperti adikku sendiri, bayangkan giliran suami cuma hujung minggu padanya, itupun jika suami tiada tugasan lain d kuala lumpur, bila cuti sekolah dia lagi suka suami bersama anak2, dia tinggal sendirian di rumah besarnya, di negeri yang asing baginya, berduit tapi tidak pernah berkira2 pada kami sekeluarga, sangat lemah lembut dan sentiasa senyum. ya Allah percaturanMu tidak pernah salah, bilamana aku redha Kau gantikan dengan kemanisan kasih sayang ini, ya Allah kau peliharalah kesejahteraan keluarga kami dari godaan2 syaitan, peliharalah maduku ya Allah.. berikan dia kebahagian di dunia dan di akhirat, izinkan kami berdua menjadi bidadari suami kami di syurga nanti .. untuk orang yang bakal menjadi ketiga, fikirla masak2, jangan hancurkan kebahagian kami 😢


maaf jikalau sedikit panjang kisah ini, semoga menjadi tauladan dan inspirasi kepada semua 😊😊
ustazah Hana

krt






Labels: kisah rumah tangga

Thanks for reading "sayang izinkan abang bernikah lagi tetapi izinkan sayang berjumpa dengan calon isteri abang" suamiku seakan terkejut. Please share...!

0 Comment for " "sayang izinkan abang bernikah lagi tetapi izinkan sayang berjumpa dengan calon isteri abang" suamiku seakan terkejut"

Back To Top