Alangkah terkejutnya saya..melihat suami saya sedang menc^k^r bul@ ke**lua* bekas isterinya... tanpa Seurat b3nang

Admin, mohon siarkan kisah saya. Saya buntu. Terlebih dahulu, mohon hide id saya..
Saya merupakan seorang isteri yang mengahwini seorang duda anak 3. So far, hubungan saya dan anak-anak tiri sangat-sangat baik.
Terus-terang, jika mereka di beri pilihan untuk tinggal bersama, mereka lebih mengutamakan saya. Ini kerana mungkin saya yang menjaga mereka sejak mereka berpampers hinggalah masing-masing dah berbelas tahun.
Ibu kandung mereka telah lama mendirikan rumahtangga bersama kekasihnya, atas punca daripada perangkap suami saya bersama jiran tetangga saat bekas isterinya bersekedudukan. Walaubagaimanapun, sepengetahuan saya, hubungan bekas suami dan bekas isterinya tiada masalah. Dan, menurut suami saya segalanya menjadi baik hanya kerana ikatan jalinan anak. Tak pe la.. 

saya terpaksa terima, sebab saya “orang baru” dalam kehidupan mereka.
Kisah rumahtangga bermula saat bekas isteri suami saya kemalangan dan suaminya meninggal dunia. Bekas isterinya lumpuh separuh badan. Kehidupannya di katil dan kerusi roda sahaja. Saya dan suami mengambil keputusan untuk menukar sekolah anak-anak suami berdekatan dengan kawasan rumah kami, memandangkan tiada siapa mampu menjaga urusan persekolahan anak-anaknya.

 Dan, yang bertambah malang, keluarga bekas isteri suami saya turut tidak mahu menjaga kakak mereka yang lumpuh, memandangkan bekas isteri suami saya anak yatim piatu. Anak-anak tiri saya memujuk saya, jika mereka diambil di bawah penjagaan saya dan bapa kandung mereka, saya diminta menjaga ibu kandung mereka sama. Tak pe la, saya pikir… mereka ibu kandung anak-anak tiri saya dan dalam masa yang sama bekas isteri suami saya bebetul tiada tempat bergantung. Saya tiada pilihan… saya bersetuju untuk menjaga bekas isteri suami saya.

Untuk pengetahuan, saya bekerja. Kadang kala, sesekali masa terbatas untuk saya siapkan sarapan. Jadi, nak tak nak… suami saya terpaksa menghantar makanan di rumah. Kadang kala saya turut temankan suami balik ke rumah sebelum masuk ke pejabat semula. Tapi, satu insedin yang bebetul mengguris hati saya. Waktu tu, saya kurang sihat dan saya diberi cuti sakit. Hati mula terdetik gusar saat melihat kereta suami park di luar pagar rumah. Perlahan-lahan saya jejak kaki ke rumah. Alangkah terkejutnya saya… melihat suami saya sedang mencukur bulu kemaluan bekas isterinya. 

Dan, saat itu… bekas isterinya tanpa Seurat benang. Saya akui, saya sangat2 cemburu. Saya masuk bilik saat tu dan memang saya mengamuk. Suami mohon maaf pada saya kerana alasannya… bekas isterinya minta bantuan darinya dan alasannya hanya suami saya sahaja yang dia selesa. Masalahnya… mereka BUKAN ADA IKATAN lagi. Mustahil suami saya tak tahu hukum hakam. Melihat kemaluan bukan isteri pun haram… apa lagi menyentuhnya. Ya Allah… seminggu peristiwa tu berlalu… tapi, perit untuk saya lupakan.

Saya bagi kata dua pada suami… demi kebahagian anak-anak mereka dan bekas isteri.. saya tidak mahu menjadi orang ketiga antara mereka. Apa yang perlu ke saya lakukan sekrang??? Mengundur diri? Memaafkan je? Cari lokasi lain untuk bekas isteri?? Demi Allah.. saya sangat sayangkan anak-anak tiri saya....

krt






Labels: kisah rumah tangga

Thanks for reading Alangkah terkejutnya saya..melihat suami saya sedang menc^k^r bul@ ke**lua* bekas isterinya... tanpa Seurat b3nang. Please share...!

0 Comment for "Alangkah terkejutnya saya..melihat suami saya sedang menc^k^r bul@ ke**lua* bekas isterinya... tanpa Seurat b3nang"

Back To Top