99% gadis di Malaysia sudah kehilangan dArA sejak di usia 18 tahun.



BERBICARA tentang dara. Apa itu dara? Dalam istilah perubatan  moden, selaput dara dikenali sebagai hymen.

Selaput dara merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutup pintu bibir vagina perempuan dan ia sangat nipis.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,  Datuk Dr, Masitah Ibrahim menyatakan bahawa lebih kurang 60% gadis di Malaysia sudah kehilangan dara sejak di usia 18 tahun.

Sementara itu, 24% daripada mereka mengakui pernah melakukan hubungan seks dengan lima lelaki yang berlainan.

Hasil statistik itu dikeluarkan berdasarkan satu soal kaji selidik yang dilakukan kepada 2,800 gadis berusia lingkungan 18 hingga 25 tahun di salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dengan kerjasama pihak YouthSay dotcom.

Keadaan ini amat membimbangkan pelbagai pihak.

Hal ini kerana lebih kurang enam daripada 10 orang gadis yang berusia 18 tahun mengakui kehilangan dara itu rata-rata datangnya daripada kalangan yang berstatus Islam.

Pada dasarnya, soal selidik sebegini sudah biasa dilakukan di negara lain seperti Singapura. Hasilnya adalah sama seperti statistik di Malaysia.

Namun, mungkin tidak hairan sekiranya angka di negara itu adalah besar berikutan kebanyakan gadis di sana bukan beragama Islam.

Tetapi berbeza di Malaysia, di mana rata-rata gadis di sini berstatus Islam.

Hmmm… berdasarkan statistik itu kini jelas menggambarkan kebanyakan gadis pada hari ini sudah mula mengenali seks sejak usia muda dan kebanyakannya mudah menyerahkan dara kepada pasangan masing-masing walaupun masih belum mempunyai hubungan halal di antara mereka. – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura


http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/60-gadis-di-malaysia-dah-takde-dara-ini-fakta/









Labels: SEMASA

Thanks for reading 99% gadis di Malaysia sudah kehilangan dArA sejak di usia 18 tahun.. Please share...!

0 Comment for " 99% gadis di Malaysia sudah kehilangan dArA sejak di usia 18 tahun."

Back To Top