Perangai Macam Setan elok ko duduk single bagi je bini ko kat aku - suami di kecam kerana perkongsian ini!!

maaf aku trpaksa guna akaun palsu sprt org lain gak aku x nk org tau sapa akutp harap admin hide kan nama aku.

aku nk minta pndpt para pembaca page KRT ni sbnrnya. aku dgn wife diambang perpisahan. smuanya aku x psti brpunca dr mna. stiap kali brlaku perbalahan aku akn salahkan wife aku 100%. wlupun jelas bkn slh dia.
dipendekkan crita. aku kenal wife aku dh lama melalui 1 media social gak. kmudian kami lost contact. 


gambar hiasan

dan lps 4 bulan brtemu semula, aku decide nk peristerikan dia atas dasar cinta. utk pgetahuan semua aku dh berusia. jarak usia aku dan wife 20+ tahun. skrg wife aku 23. aku 40+. masa kami kawin, aku duda beranak dua. dia pun ibu tunggal anak 2. anak2 dia kecik lg manakala ank2 aku hampir sebaya dgn wife aku. anak sulong aku lelaki. bongsu perempuan.

org mesti akn ckp aku x pndai hrgai isteri. aku sbnarnya malu nk akui. ya. aku kawin free dgn bini aku ni. maksud aku, masa akad nikah, dia cuma minta mas kawen je. hantaran 1 sen pun takde sbb masa tu aku mmg takda saving utk hantaran apatah lg kenduri. dia ckp x pelh kita wat yg wajib dlu. nt lps kawen kita sme2 kmpul duit wat majlis kawen grand sikit. 

aku turutkan je. jujur ckp, wife aku cantik. sgt cantik. pandai masak, berdikari. aurat x pyh ckp lh. mmg A+ dia jaga..Alhamdulillah. cuma 1 je yg buat dia nmpk buruk dimata aku. mulut dia. dia mudah marah. bila marah semua benda x baik kluar dr mulut dia. ini lah 1 1 nya kelemahan dia. 

dia ni belajar x tinggi. sek men pun x. tp thn lps dia ada ambik SPM. aku support dia dr segi kewangan tp aku x sengaja down kan dia. aku terlepas ckp. aku ckp dia dh terlambat nk brjaya sbb dh ada anak. aku cuma jujur. bkn niat nk down kn dia. tp jauh disudut hti aku agak bangga sbb wpun dia x sek men SPM dia kredit n lulus.
 
ok. itu baru bab 1. ssbnrnya bkn itu yg aku nk crita. critanya bermula 2 bulan slps kami berkahwin. aku jobless. saving xder. kete pun tertunggak bayaran. aku n wife tumpang stay rumah mertua aku. mertua aku mulanya ok. lama2 hampir 2 bln aku x de keje (bkn xnk kje, tp keje mcm aku ni dkt bandar je byk dkt kwsn kampung mmg xde. tmbh umur aku pulak spe nk ambik aku keje lg dh).

wife aku lah yg byk tlg aku. dia hntr resume aku dkt semua vacancy yg ada.
nk dijadikan cerita, aku ada bermasam muka dgn mertua aku sbb aku x sengaja cubit anak tiri aku. masa tu aku stress x da kejelps tu apa lg, bermulalah episod hidup kami sbg homeless. aku bawa bini aku n pakaian2 kami. kami tido dlm kereta yg tertunggak menanti hari ditarik bank. 


kami mandi dkt masjid. makan? hmm aku sedih klu ingat blk. aku mkn sehari sekali je nasi dgn telor yg dibungkus dikedai mamak, aku kongsi dgn wife aku. sblm tdo kami mkn. hidup kami berlarutan mcm tu hampir 2 bulan. Alhamdulillah akhirnya mertua aku tau yg kami xda tmpt tgl sbb abg ipar aku terserempak kami tdo dlm kereta. mertua aku call wife aku, suruh blk rumah. wife aku sikit pun x mengeluh spnjg keadaan kami mcm tu. dia ckp asalkan aku bersabar. 

dia ttp usaha hantar resume aku kemana2 saja. akhirnya 2 hari slps blk rumah mertua, aku dipanggil berkerja disalah 1 syarikat pembinaan.
Masa kami tdo dlm kereta tu, aku ada bawa wife blk rumah mak aku. Abang kembar aku bgtau aku. 

Anak perempuan aku call dia, mengadu yg aku langsung x bg duit belanja kt dia sejak kawen. (utk pengetahuan, hanya mak aku je yg terima wife aku. adik beradik aku sorang pun x terima..tmbh2 kakak aku. dia suruh aku batalkan perkahwinan. sbb bini aku org miskin. ada anak kecik pulak tu..membebankan aku je nt katanya)
tp aku degil dan ttp berkeras.


aku x cerita situation sebenar kt fmly aku dan dr situlah diorng lg benci kt wife aku. wife aku ni sakit..tp aku x pernah ambik tau sgt. bg aku dia cuma buat2 je. rupanya minggu lps dia pergi klinik sorang2 naik moto. doktor suspect dia ada kanser servik. aku x terkejut pun sbb aku rasa mcm dia tipu je..entah apa doktor tu ckp, dia pandai2 je bgtau aku kanser servik. 

skrg ni kami mmg diambang penceraian. dia dh tawar hati dgn aku..dia ckp dh penat nk pertahankan 'masjid' ni. dh lama dia usaha..tp xde respon dr aku. tah laa. bg aku aku ttp mcm dulu..dia ckp aku dh byk berubah. dh berbulan x cium dahi dia. dh berbulan x peluk dia. ya aku akui semua tu. bila time berasmara je aku akn belai dia. tp tu x bermaksud aku x syg kan dia. aku syg sgt. cuma bila makin berusia ni aku mcm rasa kurng selesa utk wat smua tu. tp dia x phm.

masa raya hari tu kami bergaduh besar..kisahnya aku minta dia masakkan juadah berbuka..masa tu dia sibuk siapkan tmphn kuih raya. (wife aku sakit blkg kronik. lebih kurng slip disc. x boleh duduk atau berjalan dlm jgka msa yg agak lma) wpun mcm tu dia ttp gagahkan diri siapkan tmphn customer dia. aku cuma minta masakkan ala kadar je utk berbuka. aku malas nk ke bazar.
dia boleh jawab tak larat. tumit kaki dan ari2 dia sakit sgt. dia nk muntah. x berdaya dh nk bangun.

aku terus mrh dia. aku x sengaja panggil dia pelacur. binatang. sbb 2 hari sblm tu dia ada kerumah mak dia. dia blk lewat..dlm pukul 2 pg sbb sibuk beli baju raya anak2 dia dan siapkan kuih raya kt rumah mk dia. aku pgl pelacur n binatang sbb bg aku dia ptut tau waktu bila nk blk rumh..dh pkul 2 pg bru smpai rumah. sama lah mcm pelacurtp aku xda niat nk anggap dia mcm tu..dia ttp isteri aku yg sah.


2 hari sblm raya aku beli kereta baru , aku tgl kan kereta yg kami tdo dulu yg masih ada tunggakan tu utk dia n anak2 tiri aku wat jalan2 raya. wife aku xde lesen. aku x bg dia ambik sbb nt panjang pulak langkahnya. roadtax pun sengaja aku x byr sbb xnk dia beraya jauh2. 

aku blk kmpg aku. aku x bawa dia sbb abang akak n adik2 aku dh pesan, jgn bawa blk dia..diorng x suka. blh rosakkan mood raya. ok. aku turutkan sbb aku rindu nk raya dgn abang kakak n family aku smua. Oh ya, ini tahun ke3 kami raya sbg suami isteri. thn lps aku beraya dgn dia kt rumah kami je. so tahun ni aku dh tekad apa jd skalipun aku ttp nk raya dgn fmly aku. kakak abang n adik2 aku lg penting bg aku sbb diorng ttp drh dging aku. baik buruk diorng ttp sedarah dgn aku sdgkn wife aku klu kami brpisah, dh xde ape dh.

aku bg duit raya RM50 kt dia..utk dia isi minyak kereta. aku janji dgn dia, raya kedua nk raya dgn dia. nk bawa dia blk ziarah pusara bpk mertua aku..tp aku x blk. raya keenam baru aku blk. raya kedua hingga ke5 aku beraya dgn anak2 n ex wife aku dgn ex mertua aku dkt KL.

aku x bgtahu dia tp dia stalk IG anak aku n dia dpt tau aku raya sana. bkn main marah lg dia. anak prmpuan aku ada desak aku utk ceraikan dia. begitu juga lah dgn adik beradik aku. cuma mak aku je yg x tahu psl ni. mak aku dh berumur. kdg2 aku x tau nk bg alasan apa kt mk aku bla aku blk kmpg sorang2. aku trpksa ikut apa yg kakak aku suruh ckp. aku bgtau mak aku. Lina x suka blk kmpg. x selesa. itu je. aku mcm bodoh lak ikut ckp kakak aku. mak aku terkilan. aku tahu. Maafkan sy mak.

anak perempuan aku desak suruh cerai sbb lps kami kawen, aku mmg dh jarang bg duit kt anak2 aku. yelah sbb masing2 dh keje. drpd 500 aku cut kan jd rm300. anak aku marah sgt sbb dia block no.wasap anak aku. aku pernah tanya dia, knpa block no.anak sy?


dia jwb dia susah hati tgk aku berhutang sana sini n gaji tak pernah cukup sbb anak aku sekali pun x pernah msj utk tnya khbr aku. klu wasap je mesti minta bank in kan duit. call je minta masukkan duit. topup lg.

aku mmg marah sbb apa hak dia sampai nk pisahkan seorang bapa dgn anak? duit aku. gaji aku. apa hak dia utk jd queen control? aku yakin para pembaca fhm situasi aku. anak aku wlu dh berkerjaya sendiri ttp akn aku nafkahkan. itu tggjawab aku. biarlah aku berhutang skalipun. itu je 1 1 nya ank prmpuan yg aku ada.


dia marah lg sbb masa ank aku stay kejap dkt rumah aku, anak aku bgn lewat ptg n x nk tlg dia masak. solat pun berat nk wat.aku mengaku aku mmg x reti nk mrh ank aku tp xde laa smpai aku x bertegas. anak aku bru berusia 18 thun. bg aku normal thing klu dia x tahu keja2 dapur, potong sayur apath lg mmasak. pd aku dia masih sprti seorang kanak2. biarlh dia. tegur penuh dgn ksh syg. nt dia tahu laa bljr mmsk. itu pun wife aku ckp aku terlalu backup dia. trlalu manjakan ank. 

aku letih nk brgaduh psl hal2 kecik mcm tu. kdg kala aku terfikir busuknya hati isteri aku. luaran nmpk smpurna tp hakikatnya dgn ank tiri sendiri pun dia cemburu.

tp last week dia ada msj anak aku dia ucap slmt hr raya dan maafkan sgalanya. hmm tah laa. aku pun x tahu sapa yg punca dan spa yg slah.

jadi skrg ni aku dh sediakan semua dokumen penceraian.

jujur aku ckp aku masih syg wife aku. tp dia minta aku lpskan dia utk kebaikkan semua pihak. utk kebaikkan adik beradik aku dan juga anak2 aku. aku buntu. aku syg dia. syg perkahwinan ni. tp aku kusut. sampai bila aku nk blk kampung sorang2? beraya asing2? sampai bila dia harus terima yg aku mmg dh x blh nk belai dia mcm dulu. bkn x syg. tp sungguh aku kurang selesa. tlg lah bg pndpt sahabat2 semua.


nak kecam x pyh lah sbb anda pun blm tntu nasib esok sprti apa. terima kasih sudi bca dn beri pendapat. salam -KRT


susulan itu ramai yang mengecam tindakan suami tersebut antaranya
Perangai Macam Setan elok ko duduk single bagi je bini ko kat aku dan banyak lagi kecaman yang diterima






Labels: kisah rumah tangga

Thanks for reading Perangai Macam Setan elok ko duduk single bagi je bini ko kat aku - suami di kecam kerana perkongsian ini!!. Please share...!

0 Comment for "Perangai Macam Setan elok ko duduk single bagi je bini ko kat aku - suami di kecam kerana perkongsian ini!!"

Back To Top