polis yang obses dengan s##s telah dipenjarakan setahun selepas merakamkan sepasang suami isteri melakukan s*ks



SEORANG anggota polis yang obses dengan seks telah dipenjarakan setahun selepas merakamkan sepasang suami isteri melakukan seks menerusi helikopter polis yang digunakan untuk mengesan penjenayah.



Adrian Pogmore, 51, yang telah berkhidmat selama 22 tahun sebagai anggota polis di South Yorkshire turut dikecam oleh hakim.

“ Sepatutnya awak mengesan jenayah tetapi sebaliknya awak melakukan jenayah. Awak menggunakan helikopter yang bernilai RM11 juta untuk merakamkan gambar berkenaan bagi memenuhi keperluan seksual awak, ketika awak sepatutnya mengesan jenayah.

“Awak mengintai dan merakamkan orang berbogel dari ketinggian 1,000 kaki. Tiada siapa pun terkecuali dari undang-undang,’’ kata hakim Peter Kelson ketika menjatuhkan hukuman.

Meskipun hakim mengambil kira perkhidmatan Adrian selama 22 tahun dan bagaimana keluarganya turut terpalit dengan kejadian berkenaan, namun hukuman penjara perlu diberikan memandangkan kes itu telah mengakibatkan orang ramai hilang kepercayaan terhadap polis.

Selain merakamkan gambar pasangan melakukan seks, dia turut mengambil gambar wanita berbogel.

Kes berkenaan telah menyebabkan polis di South Yorkshire mendapat malu besar. – MYNEWSHUB.CC













Labels: SEMASA

Thanks for reading polis yang obses dengan s##s telah dipenjarakan setahun selepas merakamkan sepasang suami isteri melakukan s*ks . Please share...!

0 Comment for " polis yang obses dengan s##s telah dipenjarakan setahun selepas merakamkan sepasang suami isteri melakukan s*ks "

Back To Top