Sofian Bujang tampil membuat pendedahan dia adalah pemuda misteri dalam foto yang menjadi tular gara-gara mencuci tandas masjid.




PENYAMPAI radio Era FM Sarawak iaitu Sofian Bujang tampil membuat pendedahan dia adalah pemuda misteri dalam foto yang menjadi tular gara-gara mencuci tandas masjid.



Bagaimanapun, Sofian berkata, cerita yang dimuat naik di laman Facebook Ally Ramly itu bukan cerita benar, sebaliknya hanya sekadar rekaan dengan menggunakan foto miliknya.

"Saya terkejut apabila sahabat-sahabat saya memberitahu gambar saya viral di media sosial dan cerita yang ditulis itu adalah rekaan semata-mata. Saya tidak tahu apa niat sebenar mereka. Mungkin untuk mengejar trafik blog sahaja.

"Walaupun cerita itu berniat baik iaitu menggalakkan orang ramai membuat kebajikan tapi janganlah curi gambar saya dan kereta Ferrari kepunyaan Norman (KRU). Jika mahu ambil sekalipun letak kapsyen sebagai gambar hiasan," ujarnya kepada mStar Online.

Apa Kes, Norman KRU Cuci Tandas Masjid?


Kisah yang dimuat naik oleh seorang individu tidak bertanggungjawab.

Sofian atau lebih dikenali dengan nama Chopie itu berkata, perkara tersebut boleh menimbulkan salah faham.

Heboh minggu lalu kisah pemuda misteri pemilik Ferrari merah yang sering membuat kerja amal mencuci tandas masjid selepas solat sunat Duha menjadi tular dan mendapat perhatian.

Bagaimanapun, kisah itu ternyata hanyalah rekaan apabila kereta mewah itu dikenal pasti milik selebriti Datuk Norman Abdul Halim.

Dalam pada itu, menjelaskan tentang foto berkenaan, Sofian berkata, aktiviti amal tersebut dilakukan ketika dia menyertai program iaitu Kembara Sahabat Borneo baru-baru ini.

Katanya, program yang dianjurkan oleh rakan-rakannya itu bertujuan menggalakkan orang ramai untuk mencuci tandas secara sukarela di surau dan masjid-masjid pada setiap hari Jumaat.

"Kawan saya ada anjurkan aktiviti amal membersihkan tandas masjid, jadi ketika itu saya ikut serta membersihkan masjid di kawasan rumah saya.

"Tidak sangka pula foto saya itu dimuat naik dan disalah guna oleh orang lain," ujarnya.

Sofian mengendalikan program Ohaaera Era FM Sarawak (101.3 FM) pada pukul 8 hingga 12 malam setiap Isnin hingga Jumaat.


Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/08/02/deejay-cuci-masjid/#cwoohFr0o6wHumDU.99











Labels: dunia artis

Thanks for reading Sofian Bujang tampil membuat pendedahan dia adalah pemuda misteri dalam foto yang menjadi tular gara-gara mencuci tandas masjid.. Please share...!

0 Comment for "Sofian Bujang tampil membuat pendedahan dia adalah pemuda misteri dalam foto yang menjadi tular gara-gara mencuci tandas masjid."

Back To Top