Tayar tercabut ragut nyawa suami isteri-JADI YATIM PIATU SEKELIP MATA

اِنَّاٱلِلّٰهِ وَاِنَّااِلَيْهِ رَٱجِيْعُوْنَہ
Ya Allah Ya Tuhanku jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga rohnya ini di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
AlFatihah.
. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكzَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Tayar tercabut ragut nyawa suami isteri
Oleh Amran Yahya


bhnews@hmetro.com.my

KUALA PILAH: Sepasang suami isteri maut apabila motosikal yang mereka tunggang dirempuh dua biji tayar yang tercabut dari sebuah lori pasir di Jalan Kuala Pilah-Juasseh di sini, hari ini.
Dalam kejadian berhampiran Ladang Juasseh, kira-kira jam 10.55 pagi itu, Azizan Sahari, 43, dan isteri, Norbaiti Awang, 44, dalam perjalanan pulang dari Klinik Kesihatan Juasseh ke rumah di Taman Putra, kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.

Mereka yang menunggang Yamaha Ego, dipercayai tidak sempat mengelak dua biji tayar belakang sebuah lori dan mati di tempat kejadian.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Deputi Superintendan Syahrul Anuar Abd Wahab, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di sini sebelum diserahkan kepada ahli keluarga.
"Polis sudah mengambil kenyataan pemandu lori terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Sementara itu, kakak Norbaiti, Zainon Awang, 54, berkata adiknya bersama suami ke Klinik Kesihatan Juasseh kerana mengadu sesak nafas.

"Saya hanya mengetahui kejadian itu selepas mendapat panggilan daripada jiran. Pada mulanya, saya sangka hanya kemalangan biasa, namun sebaik tiba di tempat kejadian, saya terkejut melihat mereka berdua sudah tidak bernyawa," katanya.

Zainon berkata, pasangan berkenaan meninggalkan lima anak berusia antara 12 hingga 22 tahun dan ahli keluarganya akan berbincang untuk menjaga mereka.

Katanya, dua anak adiknya itu menuntut di universiti awam, manakala tiga lagi bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.
"Norbaiti, anak bongsu daripada lapan beradik adalah pekerja pembersihan di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol, manakala suaminya bekerja kampung," katanya






Labels: sedih

Thanks for reading Tayar tercabut ragut nyawa suami isteri-JADI YATIM PIATU SEKELIP MATA. Please share...!

0 Comment for "Tayar tercabut ragut nyawa suami isteri-JADI YATIM PIATU SEKELIP MATA"

Back To Top