Terkini! penutupan Masjid Al-Aqsa : Ribuan Tentera Mujahidin Hamas Turun Ke jalan Gaza bersedia untuk perang

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel menutup Masjid Al-Aqsa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel menutup masjid Al-Aqsa dan menafikan hak umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat,” kata beliau dalam akaun Twitternya hari ini.




Menurut laporan Al Jazeera, polis Israel menutup Masjid Al-Aqsa dan tidak membenarkan solat Jumaat diadakan selepas tiga penduduk Palestin dan dua polis Israel terbunuh dalam pertempuran bersenjata di perkarangan masjid itu.

Saluran berita bebas negara Arab itu turut melaporkan susulan insiden itu, polis Israel mengarahkan orang ramai beredar dari Masjid Al-Aqsa dan menutupnya kepada awam.

Sementara itu, Wisma Putra dalam kenyataan hari ini menyokong penegasan perdana menteri, menyatakan tindakan pihak berkuasa Israel itu merupakan pencabulan terhadap undang-undang antarabangsa dan norma kemanusiaan.

"Ini merupakan pertama kali sejak 1969 umat Islam dilarang menunaikan solat Jumaat dalam Masjid al-Aqsa,” jelas kenyataan itu, lapor Bernama.

Dalam perkembangan sama, Pakatan Harapan (HARAPAN) turut mengutuk tindakan rejim berkenaan menutup masjid yang dianggap masjid ketiga suci bagi umat Islam.

Presiden HARAPAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang kesal dengan tindakan itu berkata, Masjid Al-Aqsa perlu dibuka semula bagi membolehkan umat Islam menunaikan solat Jumaat.

"Bagi pihak pembangkang parlimen Malaysia, saya mengutuk sekeras-kerasnya penutupan Masjid al-Aqsa pada Jumaat, 14 Julai 2017 oleh rejim Israel.

"Penutupan ini bermakna umat Islam tidak dapat mengerjakan ibadat solat Jumaat di Masjid al-Aqsa buat kali pertama dalam hampir lima dekad," kata presiden PKR itu melalui kenyataannya hari ini.

Katanya penutupan masjid ini menandakan peningkatan ketegangan hubungan di antara Israel dan Palestin.

Namun beliau berkata penutupan itu tidak patut dijadikan peluang bagi kumpulan pelampau untuk mengembangkan fahaman kejam mereka.

"Oleh itu masyarakat antarabangsa perlu segera mengutuk penutupan ini, dan menggesa agar Masjis Al-Aqsa segera dibuka semula," katanya.



Namun info terbaru dari Abdul Hamidtelah kongsikan  Ribuan Tentara Mujahidin Hamas Turun Kejalan Jalan Gaza Sebagai Respon Atas Penutupan Al Aqsha dan Jalan Panjang menuju Pembebasan Al Asqha.


 Image may contain: one or more people and outdoor

Image may contain: one or more people and people standing

Image may contain: one or more people and people walking










Labels: SEMASA

Thanks for reading Terkini! penutupan Masjid Al-Aqsa : Ribuan Tentera Mujahidin Hamas Turun Ke jalan Gaza bersedia untuk perang . Please share...!

0 Comment for "Terkini! penutupan Masjid Al-Aqsa : Ribuan Tentera Mujahidin Hamas Turun Ke jalan Gaza bersedia untuk perang "

Back To Top