10 pakistan belasah 2 anggota polis kerana salah faham ketika tawar menawar harga



ANGKARA salah faham ketika tawar menawar harga permaidani, dua beradik yang juga pegawai dan anggota polis cedera dipukul sekumpulan warga Pakistan


 dalam kejadian pergaduhan di sebuah kedai permaidani di Kawasan Perindustrian Nilai 3, Nilai, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, mangsa ke kedai berkenaan untuk membeli permaidani dan tawar menawar dengan peniaga warga Pakistan.

Bagaimanapun, mangsa dipercayai tidak bersetuju dengan harga diberikan lalu beredar menyebabkan peniaga itu tidak puas hati dan berlaku pergaduhan di luar premis.

Peniaga itu dikatakan memanggil rakan senegaranya sebelum kira-kira 10 lelaki Pakistan termasuk bersenjata parang dan kayu mengepung mangsa dan berlaku pergelutan.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu malam tadi sebelum empat lelaki Pakistan berusia antara 30 hingga 40 tahun ditahan.

Beliau berkata, semua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Katanya, punca kejadian itu kerana salah faham ketika tawar menawar harga, namun siasatan lanjut masih dijalankan.






Labels: sosial

Thanks for reading 10 pakistan belasah 2 anggota polis kerana salah faham ketika tawar menawar harga. Please share...!

0 Comment for "10 pakistan belasah 2 anggota polis kerana salah faham ketika tawar menawar harga"

Back To Top