Mimpi DIR0G0L selepas bangun tidur sakit di alat svlit rupanya memang saya DIR0G0L jin - gadis kongsi 12 tahun diganggu jin

Assalamualaikum . Aku harap admin dapat post confession ni .
Jin Asyik? Sebelum tu, confession aku untuk yang tahu dan faham akan kewujudan jin dan manusia dekat atas muka bumi ni sama seperti Allah sebutkan dalam Al Quran. Penulisan aku ni jauh sekali untuk mengajak readers untuk syirik. Nauzubillah. Niat aku cuma satu, supaya gadis diluar sana beware dengan Jin Asyik.





Aku seorang gadis bujang yang berumur 23 tahun dan sedang menghadapi gangguan Jin Asyik yang telah menapak dalam tubuh aku selama 12 tahun. Ramai dikalangan korang pernah dengar / baca tentang jin asyik kan? Segelintir juga yang tak pernah. Ok, jin asyik ni merupakan sejenis jin yang sangat sukakan wanita. SANGAT SUKA.

Bermula sebulan sebelum puasa tahun lepas (2016) , aku mengikut arwah ayah berubat dengan seorang ustaz . Which is ustaz yang betul-betul ustaz ( baca ruqyah clearly and nyaring without bacaan yang bukan bukan mahupun berbisik) aku nak highlightkan dekat sini, ada certain so called ustaz yang menggunakan khadam untuk berubat pesakit dia , tapi alhamdulillah , ustaz ni kira trusted lah . Lagi pulak pesakit dia dikalangan ustazah dan golongan alim yang ada gangguan . Plus aku pun dapat tahu pasal ustaz ni dari seorang ustazah. Ok cukup pasal ustaz. Takde lah nanti korang pertikaikan aku pegi dekat ustaz yang ada khadam pulak, ustaz jelmaan lah, ustaz fesbuk guuglee dan sebagainya. Hahah.

First time aku diruqyah , di azan ,jin dari dalam badan aku take over diri aku dan menjerit menangis meraung taknak keluar. Pedih sakit panas segala dibakar dengan ayat al quran. Dua orang ustaz dan 2 orang pembantu cuba sedaya upaya ruqyah kan aku. Sejam aku menjerit menangis sampaikan semua pesakit tengok diri aku, ( macam tayangan perdana ) heh. Aku completely sedar, cuma that time jin tu control diri aku. Kakak, kaklong dengan mak ayah aku ada dekat depan hanya memerhati. Aku tengok kakak dengan kaklong aku menangis teresak kasihan tengok adik dia macamni .

Gangguan yang aku alami dah lama. Sangat lama. Since aku start baligh ; darjah 5. Gangguan aku antaranya :

1. Nampak lembaga hitam & cik ponti (rambut mengurai dengan baju koyak rabak wrna putih buruk) berdiri dekat kaki masa tidur. Pernah jugak lembaga hitam bertenggek tepi aku even tidur bukak lampu terang satu bilik.
2. Tidur ditindih ( ni biasa) siap dengar bunyi nafas makhluk tu and telinga berdesing. Pernah beberapa kali dengar orang bercakap ditelinga masa ditindih ada jugak yang menjerit.
3. Bermimpi baby .Menyusu baby, dukung baby, mayat baby sama ada mayat reput ataupun tubuh badan baby yang sangat pelik rupanya. Pernah mimpi baby kepala besar dan kemik, mata kecik tapi berbau busuk macam bangkai.
4. Mimpi bersalin dan rasa sakit bersalin tu real . Yg ni dalam 5-6x aku dah mimpi . ( lahirkan anak jin asyik)
5. Mimpi dirogol ( orang yang dikenali or tak pernah nampak langsung rupa dia, just badan) bila sedar bahagian sulit jadi sakit , badan lemah, dan ada lebam lebam . Mimpi ni diwaktu malam selalu antara lps isyak sampai pkul 4 pagi.
6. Mimpi dikejar lembaga hingga ke kubur.
7. Mimpi ular hitam, ular sawa mahupun ular tedung . Dibelit, dipatuk, pernah tangan ditelan separuh, dikejar ular mahupun mata ular merenung aku. Kecik besar , semua aku dah mimpi. Kadang kala rasa sakit tu real ( seakan kau sedar dalam mimpi tu macam reality)
8. Bermimpi ditempat yang berair. Macam kat sungai,laut dan tandas . Kebanyakan tempat yang kotor dan busuk.

Banyak lagi, tapi aku listkan yang ni dulu. Dari aku darjah 5, aku mengadu dekat mak ayah . Aku mimpi and nampak benda benda macamtu. Diaorang anggap mainan tidur . ( ya mainan tidur, sampai sekarang effect dia pada life aku, mak pulak menyesal)

Mak aku ada jaga cucu umur 3 tahun ( abg aku dgn kakak ipar dah meninggal time tu) Cucu mak ni memang ada sakit, orang tua, korang tau lah kan.. sakit je bawak pegi jumpa bomoh. ( sedangkan cucu dia still follow up dengan doctor) selama 3 tahun aku ikut ulang alik jumpa bomoh . Mak aku kata alang-alang dah bawak cucu dia, aku boleh berubat sekali.
Ni silap dah syirik pada Allah. Mak ayah aku seorang yang tak tinggal solat dan mengaji. Kadang aku tak boleh brain, kenapa mak ayah pilih bomoh jugak. Haih. Serius aku tak tahu kenapa. Nak ditegur, aku baru setahun jagung.
So benda yang dah sedia ada dalam badan aku, bertambah dengan khadam bomoh-bomoh tu semua. Siap dengan tangkal lagi sebagai pendinding aku. Allah.. takut bila aku ingat balik.

Bila cucu mak meninggal masa aku spm 2011, mak ayah stop bawak pegi bomoh. 2014 rumah aku ada gangguan which is bilik tidur aku dikatakan ada lubang besar ( memang bilik tidur aku paling banyak kena gangguan dalam rumah ni) . Start balik mak ayah panggil bomoh. Ayah pulak dah sakit sakit badan.. ayah nak berubat dengan bomoh, aku kena bawakkan. Sampai la ayah dah sah ada 2 cancer stage four,( consume ubat and follow up doctor) masih lagi nak berubat dengan bomoh awal tahun lepas. ( sebagai alternatif ) Aku rasa aku dah cukup tua untuk tegur mak ayah aku , so anak bongsu dia ni yang umur belum masuk 22 dah slow talk nasihat mak ayah stop berubat bomoh . Yang tu lah terjadi aku berubat dengan ustaz sampai harini. Berubat bomoh ni macam aku cakap, dia hantar khadam jin pada diri kau.. sakit berkurang mungkin sekejap, tp lepastu berganda sakitnya. Syirikkkk. Nasihat aku, stop la percaya pada bomoh .

Ok berbalik pada jin asyik. Lepas je berubat dengan ustaz , dalam seminggu lepastu aku kena gangguan yang makin teruk. Walaupun hijab aku ditutup, dalam mimpi hijab aku terbuka seluasnya. Ustaz pun cakap aku ni hidup dalam mimpi sendiri mcm reality . Sakit dalam mimpi, sampai la aku bangun pagi esok, sakit tu kekal ada sepanjang hari- sampai berhari-hari. Mimpi extreme sampai kau mimpi tu dalam bilik sendiri and nampak diri kau sendiri tengah tidur exactly same, cuma ada ular dengan tikus bermata merah , gigi menyeringai, ada sekeliling and dalam selimut cuba menggigit arah muka. Kau duduk menjerit sampai kau terjaga kau dah dalam keadaan duduk atas tilam and tengok kau dalam keadaan sama mcm dalam mimpi tu tadi. Bunyi tikus, bau hamis ular, masih melekat dekat hidung.

Makin aku nak buang gangguan jin, aku jaga solat dan baca manzil, makin kuat diganggu. Dengar bunyi tarik kerusi, guli , dengan benda berguling atas bumbung rumah, cakar atas syiling, ada sesuatu baring sebelah, ada yang pijak tilam, benda biasa .

Satu je matlamat dia . Nak diri aku lemah dan takut. Masa ni, kena lah kuatkan semangat. Walaupun kau tidur terang benderang, benda tu siap boleh goncangkan badan tak berhenti dalam keadaan aku berbaring mengiring dengar bacaan ruqyah sebelum subuh . Gila ? Ya .

Aku cuba pejam mata, yang aku nampak rambut mengerbang. Kena tahu yang jin asyik ni suka menyerupai berbagai bentuk . Tak kisah la lembaga hitam, ponti ke , pocong ke. Smua tu kerja jin. Pernah menyerupa kera dalam separuh sedar, datang gigit kepala aku dengan mata merah, taring tajam, memanjat dekat dinding bilik sebelum terkam aku. Sakit. Rambut aku hunyai teruk dari biasa. Kusut. Ustaz kata itu bukan mimpi, tapi real.

Maaf lah confession aku panjang. Banyak sangat lagi aku nak cerita. Minggu lepas aku mengadungkan anak jin .. Meronta jin tu marah kan ustaz sebab sembelih anak anak dia dalam rahim aku. Kalau diizinkan lagi, aku akan cerita next confession tentang sihir, jin asyik yang dah extreme sampai nak bunuh aku dan effect pada job and diri aku.

Aku nak tekankan dekat sini, rumah aku banyak kali dipagar oleh ustaz dan diri aku( ustaz ajar cara) , tapi selalu runtuh mungkin khilaf aku atau family yg tak jaga iman sebaiknya. Bacaan ruqyah selang sehari dipasang dengan tingkap and pintu terbuka ( siap speaker) . Manzil jadi amalan aku. Tapi gangguan tetap ada. Aku masih lagi berubat. Harap jangan kecam aku, confession ni sekadar pengajaran dan ikhtibar untuk korang.

– nurul

sumber: iumc.com






Labels: kisah

Thanks for reading Mimpi DIR0G0L selepas bangun tidur sakit di alat svlit rupanya memang saya DIR0G0L jin - gadis kongsi 12 tahun diganggu jin. Please share...!

0 Comment for "Mimpi DIR0G0L selepas bangun tidur sakit di alat svlit rupanya memang saya DIR0G0L jin - gadis kongsi 12 tahun diganggu jin"

Back To Top