habuan kepada peneroka Felda sebagai kempen menarik pengundi BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-14

Akhbar BH Ahad hari ini mengakui habuan kepada peneroka Felda seperti diumumkan Perdana Menteri pada 23 Julai lalu sebagai kempen menarik pengundi menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).


Pengarang Eksekutifnya, Ahmad Zaini Kamaruzzaman menyifatkan pengumuman tersebut selain pelancaran projek pengangkutan awam di pantai timur pada Ogos ini sebagai tanda PRU-14 berlangsung lebih awal daripada jangkaan.

Ujarnya, ada meramalkan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN akan membubarkan Dewan Rakyat pada bila-bila masa sebelum terbubar sendiri pada Ogos tahun depan.

"Telahan itu kerana kerajaan sudah pun secara tidak rasmi melancarkan kempen menarik pengundi. Yang terbaharu peruntukan sehingga RM1.5 bilion untuk peneroka Felda.

"Pada 9 Ogos ini pula projek besar, pembinaan rangkaian laluan keretapi ke pantai timur East Coast Rail Link (ECRL) bernilai RM55 bilion dilancarkan," dipetik dari artikel tersebut.

Semakin kerap habuan berbilion diumum semakin dekat pilihan raya

Untuk rekod, ECRL atau Projek Laluan Rel Pantai Timur dipersoal tahun lalu apabila kontrak pembinaan sepanjang kira-kira 600 kilometer yang mulanya diumum RM46 bilion itu dianugerah kepada China Communication Construction Company Ltd (CCCC).

Mengulas lanjut, Ahmad Zaini menganggap pengumuman projek di Parit semalam juga sebagai "petanda makin terserlah" untuk kemungkinan PRU-14 diadakan lebih awal.

Najib mengumumkan Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk meluluskan kawasan sawah padi seluas 3,160 hektar di Parlimen Parit dimasukkan dalam Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Seberang Perak sebagai salah satu Jelapang Padi di negara ini.

Sehubungan itu, beliau berpendapat suasana semasa menyaksikan lebih memihak kepada BN manakala Pakatan Harapan dakwanya masih belum kukuh.

"Begitu juga orang muda masih berbelah bahagi tidak mahukan beliau (Tun Mahathir) dan meminta PH (Pakatan Harapan) menamakan siapa bakal Perdana Menteri jika mereka menang," tambah Ahmad Zaini lagi merujuk kepada reaksi beberapa peserta semasa forum 'Mahathir: Ejen Perubahan atau Ejen Pemusnah' pada 25 Julai lalu.

Dalam hal berkaitan, akhbar Mingguan Malaysia hari ini turut memuatkan petikan penuh bidasan tiga peserta forum terbabit di ibu negara yang dikenali sebagai Harris, Ahmad dan Anas.

Mengisi hampir separuh halaman akhbar milik Umno-BN itu, dua artikel lain turut menjadikan reaksi mereka sebagai sandaran untuk menyerang Pakatan Harapan sekali gus dilihat memberi kelebihan kepada Umno-BN.

Pengarang Zulkefli Hamzah melalui tulisannya bertajuk, 'Badut-badut politik harapan' mengambil panggilan yang terlebih dahulu disebut peserta, Harris.

"Penat dah dengar ceramah politik, badut-badut ni, dah tiba masanya anak-anak muda sekarang bangkit. Ini masa kita," kata Harris sebelum beliau sendiri meninggalkan forum itu tanpa mendengar maklum balas panel forum.

Selain itu, halaman editorial yang dikendalikan Awang Selamat pula mengaitkan reaksi Presiden Amanah, Mohamad Sabu pada forum tersebut supaya anak muda bangkit melakukan revolusi tanpa pilihan raya sebagai satu bentuk politik kebencian dan hasutan.

"Awang angkat topi dengan keberanian anak-anak muda ini menyuarakan hal-hal kritikal termasuk kegagalan Pakatan Harapan menamakan siapa bakal Perdana Menteri jika menang PRU-14," ujarnya lagi.

sumber: malaysiadateline.com







Labels: SEMASA

Thanks for reading habuan kepada peneroka Felda sebagai kempen menarik pengundi BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-14. Please share...!

0 Comment for " habuan kepada peneroka Felda sebagai kempen menarik pengundi BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-14"

Back To Top