Anak luar nikah boleh Dibinkan Bapa , Akhirnya Ketua Pengarah JPN tampil dengan kenyataan terbaru!!

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Pendaftaran YBHG Dato’ Mohd Yazid Bin Ramli dalam kenyataan media hari ini, menegaskan JPN akan meneruskan dasar sedia ada sepertimana yang telah diputuskan di dalam keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini. 


Ia berikutan kemarahan dan kegusaran yang tercetus berikutan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan anak yang dikandung luar nikah, dibinkan kepada suami ibunya. 

Mahkamah Tinggi sebelum ini telah memutuskan bahawa di bawah undang-undang Islam, adalah tidak dibenarkan untuk kanak-kanak dibinkan dengan nama orang yang mengaku diri sebagai bapa memandangkan kanak-kanak telah dilahirkan kurang dari enam (6) bulan qamariah dari tarikh perkahwinan ibu bapa. 

Mengenai keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 Julai 2017 yang memihak kepada pemohon seperti yang dilaporkan oleh media, Dato’ Mohd Yazid bin Ramli menjelaskan, “JPN melalui Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan kes tersebut ke Mahkamah Persekutuan,” 

“Sehubungan dengan itu, pelaksanaan semasa di JPN berkaitan penasaban anak tak sah taraf orang Islam diteruskan seperti sedia ada. Sebarang pindaan terhadap pelaksanaan semasa hanya akan dipertimbangkan selepas keputusan Mahkamah Persekutuan diperolehi.” 

JPN akan terus melaksanakan polisi sediada tanpa perubahan selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan sehingga Mahkamah Persekutuan membuat keputusan kelak.






Labels: SEMASA

Thanks for reading Anak luar nikah boleh Dibinkan Bapa , Akhirnya Ketua Pengarah JPN tampil dengan kenyataan terbaru!!. Please share...!

0 Comment for "Anak luar nikah boleh Dibinkan Bapa , Akhirnya Ketua Pengarah JPN tampil dengan kenyataan terbaru!!"

Back To Top