Dr Asri ialah salah seorang dari mereka yang kami boleh rujuk - Gerakan Melayu Anti Islam G25

PETALING JAYA: Mufti Perlis merupakan antara rujukan kumpulan G25, demikian menurut Datuk Faridah Khalid dalam temuramahnya dengan akhbar The Star semalam.

Pengasas bersama kumpulan Melayu ulung G25 itu mendedahkan bahawa beliau mengenali Mufti Perlis itu menerusi salah seorang saudaranya kerana mereka adalah teman rapat, dan beliau bertindak sebagai penghubung di antara G25 dan Dr Asri serta kumpulannya. “




Asri ialah salah seorang dari mereka yang kami boleh rujuk sekiranya kami hadapi sebarang masalah.” Datuk Faridah Khalid dijemput oleh Datuk Noor Farida Ariffin pada Disember 2014 untuk membantu membentuk G25 sebagai perjuangan untuk menyemak semula undang-undang syariah ini dengan tujuan meminda atau memansuhkan mana-mana undang yang didakwa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Akan tetapi, kumpulan G25 mendapat tentangan yang amat hebat dari kalangan umat Islam Malaysia, “Saya telah dituduh sebagai anti-syariah dan anti-Islam.” Yang terkini, buku mereka yang berjudul Breaking the Silence: Voices of Moderation – Islam in a Constitutional Democracy telah diharamkan oleh kerajaan Malaysia.

Buku G25 yang diharamkan kerana menyentuh tentang kedudukan Islam dalam perlembagaan dan dilihat sebagai boleh memudaratkan ketenteraman awam itu memuatkan pelbagai esei yang ditulis oleh Dr Maszlee Malik, Dr Syed Farid Alatas, Lim Heng Seng, Farouk Peru dan lain-lain lagi. “Apa yang G25 lakukan semuanya adalah untuk membawa kembali keamanan dan penyatuan,” kata beliau.

“Kita patut beri ruang untuk berinteraksi dengan orang-orang dari pelbagai kaum dan agama yang berlainan. Kita boleh untuk tidak bersetuju tetapi kita boleh tidak bersetuju secara baik, secara diplomatik.” Sewaktu G25 ditubuhkan, umat Islam dikatakan telah memberi maklum balas yang amat negatif kepada kaum bukan Islam sewaktu mereka cuba untuk mencampuri urusan agama Islam.

Beliau berkata umat Islam ada yang berkata seperti, “Jika kamu bukan orang Islam jangan campur tangan,” dan yang terbaru ada yang sampai berkata, “Jika kamu mahu komen, peluk Islam terlebih dahulu.” G25 menekankan keindahan dan keadilan dalam Islam, “Dan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam ucapannya kepada G25 menekankan bahawa kita mestilah jangan melakukan kezaliman terhadap orang bukan Islam.” Kini G25 sedang berusaha untuk membawa masuk penceramah-penceramah Muslim progresif Nahdatul Ulama dan Muhammadiyah dari Indonesia.- menara.my


 MUfti Kedah Saran Agar G25 Dimansuhkan


Mufti Kedah Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad hari ini menyarankan agar kumpulan bekas penjawat awam G25 dimansuhkan.

Ini berikutan beberapa isu yang diketengahkan kumpulan tersebut yang katanya tidak masuk akal dan bertentangan dengan agama.

Malah beliau berkata G25 juga perlu segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan berpandukan Al-Quran dan Sunnah memandangkan 'telah mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan hukum Allah SWT'.

G25 baru-baru ini mengeluarkan kenyataan mahu hukuman terhadap perbuatan khalwat dimansuhkan jika dilakukan di rumah persendirian.

Menurutnya, perbuatan khalwat di tempat peribadi adalah dosa peribadi antara pelakunya dengan Allah kecuali jika dilakukan di kawasan awam.

Ketika dihubungi Bernama, mufti itu berkata, walaupun ia adalah hak privasi individu, namun kesan perbuatan tersebut bukan hanya melibatkan pelakunya, malah ahli keluarga dan masyarakat.

Mengulas mengenai cadangan G25 yang mahu akaun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diaudit, beliau berkata Jakim merupakan institusi agama yang penting dan dipercayai di negara ini bagi mengendalikan hal berkaitan agama.

"Apabila timbul satu isu mereka ini akan mengkaji, misalnya sesuatu produk yang bertentangan dengan Islam mereka ini akan kaji, kemampuan Jakim disebabkan ada jawatankuasa-jawatankuasa khas dalam bidang agama," katanya.

Beliau berkata seharusnya dalam menghadapi zaman yang semakin mencabar ini, masyarakat terutamanya badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan bekerjasama lebih erat dengan Jakim dan jabatan agama.

- Bernama/malaysiakini.com








Labels: SEMASA

Thanks for reading Dr Asri ialah salah seorang dari mereka yang kami boleh rujuk - Gerakan Melayu Anti Islam G25. Please share...!

0 Comment for "Dr Asri ialah salah seorang dari mereka yang kami boleh rujuk - Gerakan Melayu Anti Islam G25"

Back To Top