Sekarang saya nak seru Siti bawa lagu saya ini... tapi boleh ke dia? Saya nak tengok I Am Me versi Datuk Siti


Lagu I Am Me yang kini viral nyanyian usahawan selebriti terkenal Malaysia Datuk Seri Hamiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida terus menjadi fenomena yang luar biasa dalam negara kita.


Kerana fenomena yang luar biasa ini, kita dapat lihat banyak artis tempatan dan netizen telah menghasilkan video parodi selepas video klip lagu ini diterbitkan pada dua minggu yang lalu.

Ketika menemui Datuk Seri Vida  di Istana DSV (Datuk Seri Vida) di Meru Heights, Ipoh pada Rabu lalu, beliau dengan selambanya telah mencabar penyanyi No 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin untuk menyanyikan lagu beliau yang kini jadi fenomena itu - lapor mStar Online.

"Saya tak sangka ramai buat video parodi I Am Me, ini membuktikan orang ramai menerima lagu nyanyian saya ini.

"Sekarang saya nak seru Siti bawa lagu saya ini... tapi boleh ke dia? Saya nak tengok I Am Me versi Datuk Siti pula," ujarnya.

Melaporkan mengenai sambutan tidak disangka yang diterima oleh lagu I Am Me, Datuk vida mengakui langsung tidak menduga pertaruhan yang dilakukan untuk bergelar penyanyi telah membuahkan hasil yang sangat positif.

"Mulanya saya bimbang anadai lagu ini dan nyanyian saya tidak mencapai tahap yang saya inginkan. Jadi saya terpaksa ambil risiko.

"Tapi alhamdulillah tak sangka ia meletup dan jadi viral di seluruh dunia. Nampaknya pertaruhan saya menjadi," katanya.

Kerana kejayaan lagu single tersebut, Datuk Vida kini memasang impian yang lebih besar iaitu ingin menjadi seorang komposer pula.

Menurut beliau, cita-cita untuk menjadi seorang komposer datang lepas melihat sendiri sambutan luar biasa lagu I AM Me yang kini mendapat 2.6 juta tontonan.

Datuk Vida bukan sahaja ingin menulis lirik lagu untuk dirinya sendiri, tetapi juga untuk artis terkemuka tanah air kita, Malaysia.

Beliau telah menamakan Janna Nick sebagai artis pilihannya untuk mendendangkan lagu pertama ciptaannya nanti.

"Kalau boleh saya nak cari pelakon tapi boleh juga jadi penyanyi. Saya nak Janna Nick sebab dia ada perangai 'gila-gila," jelasnya.

Sumber- mStar Online



http://www.sensasinews.com






Labels: dunia artis

Thanks for reading Sekarang saya nak seru Siti bawa lagu saya ini... tapi boleh ke dia? Saya nak tengok I Am Me versi Datuk Siti . Please share...!

0 Comment for "Sekarang saya nak seru Siti bawa lagu saya ini... tapi boleh ke dia? Saya nak tengok I Am Me versi Datuk Siti "

Back To Top