Rahim saya kosong dari anak.. tapi dipenuhi benda lain.... Benda lain tu cyst!

#kisahbenar
Ingatkan dalam rahim saya ada anak.... demi ALLAH saya tak sangka ada 'benda lain'... =(

Bukan seorang tegur.... tapi berpuluh... asal nampak saya semua tanya pregnant ka... tapi saya tahu saya tak pregnant sebab byk kali buat UPT (urine pregnancy test), result negatif... pastu saya tak ada apa2 tanda loya atau muntah ...

Demi ALLAH saya & suami rasa tak sedap hati... & suami bawa saya buat jumpa doctor.. dengan harapan doctor akan bagi good news buat kami sebab anak pertama saya pun dah umur 10 tahun....
Malangnya..... 

Doctor cakap result negative.... & saya tak pregnant...
Saya & suami ke klinik 1 lagi & minta doctor scan rahim sebab saya rasa ada 'benda lain' dalam perut ni....... doctor sentuh2 perut saya & cakap tak lama dah ni..... hmm.. pregnant ka saya ni? doctor cakap macam dah 8 bulan....
Allah............ apa semua ni...
So doctor pun scan rahim saya... 

Rahim saya kosong dari anak.. tapi dipenuhi benda lain....
Benda lain tu cyst! =(
Time tu memang saya terdiam & menangis... sebab doctor cakap cyst saya dah sebesar 9.5 kg!
Kalaulah ini anak.... saya sangat bersyukur sebab dalam tempoh 3 bulan ni perut saya semakin besar & besar dari bulan ke bulan.... 

=( disebabkan cyst saya besar, cyst ini perlu dibedah next week.....
Nasihat doctor supaya saya jaga kesihatan dengan baik.... kalau cyst pecah dalam perut... keadaan saya akan jadi lebih bahaya..... ia akan menyebabkan jangkitan kepada organ lain...
Tolong doakan saya......
.
.
Uniknya wanita bila dia dikurniakan organ yang tidak ada pada lelaki - RAHIM...

& ketika tu jugaklah... setiap wanita kena jaga amanah ni baik2....
Buat semua wanita.. ambil tahu sebelum terlambat... saya share tips ni buat #9bulan10hari...
.
.
.
Kenapa Ovarian Cyst terjadi?
Jawapnnya disebabkan hormon. Kantung ini pada mulanya normal saja disebabkan telur atau ovum ada di dalamnya. Tapi bila masa untuk menetas selepas matang dan bila ia tak dapat dikeluarkan untuk disenyawakan ia akan membesar melebihi 2cm.

Selagi tak menetas ia boleh menjadi sekecil saiz kacang dan sebesar saiz buah tembikai. Disebabkan itu terjadinya ovarian cyst. Selain itu dengan memakan terlalu banyak ayam yang disuntik dengan hormon ia juga bole menjadi puncanya.
.
.
.
Kenapa dalam Ovarian cyst terdapat rambut, tulang dan gigi?
Ketika ovum tidak berfungsi untuk menghasilkan janin yang sempurna dan hanya beberapa sel yang aktif dan kuat seperti rambut tulang dan gigi akan terus terbentuk.

Maka, disebabkan itu dalam kebanyakan cyst yang dibedah menghasilkan rambut tulang dan gigi.
Nampak macam teruk ja kan... macam geli dan tak sangka ada benda macam tu dalam perut kita.
Biarpun ia kelihatan seperti mengeluarkan sesuatu yang 'pelik' dari abdomen seseorang wanita tapi ada kaedah untuk mengeluarkannya.
.
.
.
Siapa yg berisiko untuk dapat Cyst?
1. Tidak menjaga pemakanan dengan betul
2. kerap makan makanan segera
3. mempunyai hormon yang tak stabil
4. senggugut teruk
.
.
.
Makanan aktif cyst apa yang perlu dikurangkan & elakkan?
1. Daging merah
Kebiasaannya binatang yg diternak kemungkinan akan disuntik dgn hormon untuk mempercepatkan pembiakkan. Anda maybe boleh lebihkan makan ikan daripada memilih makanan dari kumpulan ini.

2. Ayam yang disuntik
Ayam kampung/ayam organik lebih baik dari ayam daging. Ayam kampung pun kena tengok yang mana 1.. dibela di kampung yang makan cacing atau dibela dengan beri makan dedak..... seeloknya makan ayam yang dibiar cari makan sendiri.

3. Produk tenusu
Keju, susu dan dadih. Boleh diambil dalam kuantiti yg sedikit

4.Bahan berperisa yg mengandungi MSG
5. Minuman berkarbonat, makanan segera dan makanan diproses macam burger, nugget dan lain2
6. Makanan berlemak & berminyak
.
.
Tunggu apa lagi? Jom amalkan pemakanan yg boleh kecutkan dan elakkan ketumbuhan cyst dari berulang =)
.
.
.
6 tips elakkan cyst!

1. Banyakkan makan ikan laut. Ikan laut selamat dimakan kerana ianya membiak dilaut bukan diternak. Ia bebas dari bahan kimia.
2. Amalkan sayuran jenis kekacang dan produk kekacang, kecuali kacang soya, kerana ia boleh mengaktifkan cyst.
3. Banyakkan makan sayuran hijau dan buah-buahan. Jadikan sayur-sayuran makanan utama anda, masa ni lah anda boleh jadi kreatif! Boleh pelbagaikan menu masakan berasaskan sayur. Yang penting sedap 😋
4. Ubi kayu juga terbukti boleh mengecutkan cyst.. Tiba- tiba terbayang ubi rebus cecah sambal tumis.. Perghhh terangkat! =P
5) Minum teh hijau. Selain ia mengandungi anti oksida untuk cyst menjadi surut, rasanya yang segar dan sedap boleh kuruskan badan juga... =)
Beringat sebelum terkena! =)
COPYRIGHT@Nazira Nazir buat 9bulan10hari. Tak dibenarkan copy paste!






Labels: kisah

Thanks for reading Rahim saya kosong dari anak.. tapi dipenuhi benda lain.... Benda lain tu cyst!. Please share...!

0 Comment for " Rahim saya kosong dari anak.. tapi dipenuhi benda lain.... Benda lain tu cyst!"

Back To Top