Ingatkan dah insaf rupanya dia berzina dengan penganggur hingga mengandung benih haram

Mengandung kali kedua, kali pertama anak dipelihara oleh keluarga. Beranak kali pertama ketika berumur 18 tahun. Keluarga ingat dah taubat dan insaf. Rupanya masih mengulangi perbuatan lama.


Bercouple dengan lelaki baru, yang tidak bekerja. Apabila berlaku kali kedua, memang keluarga sangat marah terutama, abang abang rasa tercabar. Mahu dipukul, tak jadi apa apa.






Semua keluarga kesal dengan apa yang telah adik lakukan.
Keluarga suruh pergi ke rumah lelaki itu agar bertanggungjawap dengan perbuatannya. BERNIKAH!


Perut dah boyot kedepan, macamana nak pergi kursus pra perkahwinan.

Jadi keluarga lelaki menghantar ke Baitus Solehah. Dengan harapan belajar agama supaya tidak berulang lagi.



Lagi pun keluarga lelaki mahu, anak mereka bekerja dahulu sebelum bernikah. Ada pendapatan untuk menyara keluarga sementara si perempuan berada di Baitus Solehah.



Keluarga perempuan menuding jari, anak mereka tidak mahu dengar nasihat. Bila berlaku kali kedua, mereka menyalahkan 100% ke atas anak perempuan mereka. Langsung tidak ada sokongan, sebaliknya pandai pandai ko la settle masalah sendiri. Itu sebab si perempuan pergi ke rumah lelaki.



Jarang masyarakat mahu mengkaji punca masalah dan cuba mencari jalan keluar masalah. Masing masing mahu menuding dan menyalahkan 100% kesalahan pada orang lain tanpa menyedari diri sendiri juga telah menyumbang kepada terjadinya musibah dan masalah.



Alhamdulillah keluarga lelaki mahu terima dan mahu membetulkan keadaan sebelum rumah tangga didirikan.
Hari raya baru baru ini pun, yang datang ziarah cuma 'bakal emak mertua' saja datang. Keluarga kandung langsung tidak ambil peduli. Telefon tidak, tanya khabar pun tidak. Keluarga kandung seseolah membuang terus. Tapi sampai bila?


Semoga masyrakat ambik iktibar, apabila berlaku musibah, segera muhasabah diri, dari mana dan bagimana punca masalah berlaku.

Admin,

Muna liza binti Ismail






Labels: kisah

Thanks for reading Ingatkan dah insaf rupanya dia berzina dengan penganggur hingga mengandung benih haram . Please share...!

0 Comment for "Ingatkan dah insaf rupanya dia berzina dengan penganggur hingga mengandung benih haram "

Back To Top