Doktor terkejut seing muntah-muntah rupa-rupanya ini yang berada dalam perut gadis berusia 16 tahun

Dehradun (India): Sekumpulan doktor di sebuah hospital, di sini, mengeluarkan gumpalan rambut seberat hampir dua kilogram dalam perut seorang gadis yang berusia 16 tahun.



Gadis itu, Aakansha Kumari dibawa ke hospital selepas berat badannya turun mendadak dan mengalami masalah pemakanan serta sering muntah-muntah.

Kumari didapati memakan rambutnya secara rahsia sejak bertahun-tahun lalu dan keluarganya hanya mengetahui perkara itu selepas membawanya ke hospital.

Imbasan X-ray menemui gumpalan rambut yang besar di dalam perut gadis itu.

Doktor memberitahu, Kumari menghidap sejenis penyakit ganjil di kenali sebagai trichophagia di mana pesakit sering memakan rambut mereka sendiri.

Satu pasukan perubatan diketuai pakar bedah, Dr Abhay Kumar membuat satu pembedahan bagi mengeluarkan gumpalan rambut di dalam perut gadis itu.

Pembedahan itu dijalankan di Kolej Perubatan Doon dan hospital, di sini, baru-baru ini.

“Gumpalan rambut ini hampir memenuhi perut pesakit yang menyebabkan dia hilang selera makan.

“Keadaan pesakit kini semakin baik selepas pembedahan,” katanya. - Agensi






Labels: pelik

Thanks for reading Doktor terkejut seing muntah-muntah rupa-rupanya ini yang berada dalam perut gadis berusia 16 tahun. Please share...!

0 Comment for "Doktor terkejut seing muntah-muntah rupa-rupanya ini yang berada dalam perut gadis berusia 16 tahun"

Back To Top