Walaupun belum ada zuriat, tapi rezeki kami tak pernah putus. Kami ada bela burung dan kucing sebagai peneman hidup




Ok tq admin.. Mohon hide nama saya ya. Saya nak share ni bukannya saya nak luahkan masalah. Tapi sebagai penaik semangat bagi pasangan yang belum dikurniakan zuriat. Saya berkahwin dengan seorang duda tiada anak. Beza usia kami 17tahun. Dan sekarang ni usia perkahwinan kami dah 6tahun. Belum dikurniakan zuriat. 

Memang sebelum kahwin saya dah tahu suami saya ada masalah iaitu sperma kurang. Tapi saya tetap memilih dia sebagai suami saya. Dan saya sendiri pun ada kekurangan iaitu tak pandai masak, x pandai kemas rumah. Pendek kata, kekurangan saya adalah kelebihan dia. Dan kekurangan dia adalah kelebihan saya. Suami saya sangat multipurpose orangnya. Pandai masak, pandai kemas rumah(susun atur barang), pandai menjahit, dan sebagainya. 

Apa yang saya nak share disini bukanlah semata-mata nak puji suami saya. Tapi saya nak ingatkan, ada sebab kenapa Allah masih tak bagi kita zuriat. Zuriat bukanlah kunci kebahagian yang sebenar. Kunci kebahagian datangnya dari kita sendiri. Jika kita saling melengkapi antara satu sama lain dengan pasangan kita, in shaa Allah.. Tak de zuriat pun kita boleh hidup bahagia.
Kita boleh lihat sendiri. Pasangan yang ada zuriat akan alami masalah lain contoh kewangan tak stabil, anak degil, suami curang, isteri curang, hubungan kekeluargaan porak poranda dan macam2 lagi masalah yang datang. (Saya bukan nak blame. Tapi ni sebagai contoh yang tengah viral sekarang)
Rezeki datang daripada Allah. Ya memang betul pasangan yang belum ada zuriat ni akan menjadi bahan gosip. Tapi kita hanya pekakkan telinga cekalkan hati. 

Boleh ambil dari kisah saya.. Walaupun belum ada zuriat, tapi rezeki kami tak pernah putus. Kami ada bela burung dan kucing sebagai peneman hidup. Kos tanggungan hasil belaan kami dah macam ada anak sendiri iaitu dalam RM1k lbh sebulan. Tapi kami x pernah merungut. Kami saling melengkapi. Fb dia saya boleh buka password. Fb saya pun dia boleh buka. Fon saya ada password, dia pun boleh buka dan baca isinya. Begitu jugak saya.. Kami pernah bertukar fon. Tolong balas wasap kawan.. Semuanya tiada rahsia. Bab kewangan kami tak pernah putus. Walaupun pernah suatu hari dalam dompet dia ada RM5, dalam dompet saya ade RM10 untuk makan seminggu, barang dapur semua habis.. Tapi Allah beri rezeki kami dengan cara lain.. Tiba2 jiran datang bawak makanan la. Ada jemputan jamuan la. Rezeki tu datang secara tiba2.

Apa yang penting dalam perkahwinan ni adalah komunikasi antara pasangan, dan keberkatan(dari mana sumber duit itu datang). In shaa Allah kita akan jadi pasangan yang saling mencintai dan saling melengkapi.
Semoga perkongsian cerita pendek saya ni dapat menaikkan semangat pasangan yang belum ada zuriat tapi tengah down disebabkan tomahan orang lain.. Tq.






Labels: kisah rumah tangga

Thanks for reading Walaupun belum ada zuriat, tapi rezeki kami tak pernah putus. Kami ada bela burung dan kucing sebagai peneman hidup. Please share...!

0 Comment for " Walaupun belum ada zuriat, tapi rezeki kami tak pernah putus. Kami ada bela burung dan kucing sebagai peneman hidup"

Back To Top