Setelah perbezaan Pendapat Mufti Perlis dan Perak Akhirnya Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan tampil jawab isu Anak luar Nikah Dibinkan Bapa

NEGERI SEMBILAN: Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan yang bersidang pada 12 Januari 2002 telah memutuskan dalam soal Fatwa Anak Luar Nikah bahawa bayi yang dilahirkan kurang 6 bulan daripada tarikh akad nikah ibu bapa maka, anak tersebut haram dinasabkan kepada suami ibunya atau lelaki yang menyebabkan kehamilan ibunya yang melahirkan anak tersebut. Menara.my 


menghubungi Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Daerah Tampin, Ustaz Alyasak Bin Berhan bagi mendapatkan pencerahan berkenaan tempoh hamil yang dimaksudkan dalam fatwa tersebut. Ustaz Alyasak menjelaskan, bagi menentukan nasab keturunan, Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan menggunakan penetapan kaedah Tempoh Enam Bulan Dua Lahzah Mengikut Taqwim Hijri menggunakan hitungan 180 hari. “

Ianya adalah berdasarkan ayat al-Quran daripada surah al-Ahqaf ayat 15 yang bermaksud: ‘Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan (2 tahun 6 bulan). Dalam surah Luqman ayat 14 pula, Allah telah berfirman bahawa tempoh menceraikan susu daripada bayi adalah dalam masa dua tahun,” kata Ustaz Alyasak. “

Justeru, apabila jumlah tempoh mengandung dan menyusu tiga puluh bulan (2 tahun 6 bulan), dan tempoh menyusu sahaja adalah dua tahun. Maka, ini bermakna tempoh mengandung sahaja adalah enam bulan (180 hari) dan itulah tempoh minimumnya.”

“Berdasarkan apa yang disebutkan oleh Ibn al-Munzir, ulama telah berijmak mengatakan bahawa wanita yang melahirkan anak kurang daripada tempoh 6 bulan daripada hari akad nikahnya, maka anak tersebut tidak boleh dinasabkan kepada suami wanita tersebut.” Tempoh ini telah disepakati oleh para fuqaha’ sepertimana yang disebut dalam Kitab al-Mausuah al-Fiqhiyyah.

Diperincikan lagi dalam Kitab I’anah al-Talibin, bahawa sekurang-kurangnya tempoh hamil tersebut adalah enam bulan dua lahzah (180 hari) iaitu; satu lahzah (detik) untuk wati’ (persetubuhan) dan satu lahzah (detik) untuk bersalin.

Tambah Ustaz Alyasak Bin Berhan lagi, Fatwa Anak Luar Nikah juga menetapkan bayi yang lahir lebih daripada 6 bulan dan kurang daripada 4 tahun tetapi diketahui dengan yakin atau berat zan (sangkaan) bahawa kehamilan telah berlaku sebelum akad, atau suami tidak bersetubuh selepas akad atau tidak dimasukkan mani suaminya ke dalam rahim, maka anak tersebut haram dinasabkan kepada suami ibunya atau lelaki yang menyebabkan kehamilan ibunya yang melahirkan anak tersebut. “

Kitab al-Fiqh al-Manhaji menetapkan bahawa wanita yang melahirkan anak dalam tempoh kurang daripada enam bulan selepas bernikah dan anak itu hidup, nasab anak tersebut kepada bapanya tidak thabit.”

Berikutan keputusan kes Mahkamah Rayuan baru-baru ini, polemik berkenaan isu nasab kepada anak luar nikah timbul dan mencetuskan pelbagai bentuk perbahasan di dalam negara.

sumber:menara.my






Labels: SEMASA

Thanks for reading Setelah perbezaan Pendapat Mufti Perlis dan Perak Akhirnya Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan tampil jawab isu Anak luar Nikah Dibinkan Bapa. Please share...!

0 Comment for "Setelah perbezaan Pendapat Mufti Perlis dan Perak Akhirnya Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan tampil jawab isu Anak luar Nikah Dibinkan Bapa"

Back To Top